Resepi Roti Sardin Simple Rangup Diluar

loading...
Resepi Roti Sardin Simple Rangup Diluar. Wahh! Tajuk resepi macam awesome kan? Sebenarnya saya cuma nak share resepi roti sardin yang sedap tu, tapi simple je bahan-bahannya.

Roti sardin ni yang sedapnya bila ada pedas dan rangup bawang merah yang dihiris kasar. Maknanya bawang merah besar tu tidak dimasak terlalu lama. Hihi...
Resepi Roti Sardin Simple Rangup Diluar
Roti Sardin Simple Rangup Diluar - ehsan Google

Resepi Roti Sardin Simple Rangup Diluar


Bahan-bahan:

Roti sandwich (1 bungkus/bantal saiz besar)
5 biji telur - dipukul halus
minyak untuk menggoreng

Untuk Inti:

1 tin sardin saiz besar
2 bawang merah besar - diracik kasar
1 inci halia - dihiris halus
8 batang cili padi - di hiris
1 ulas bawang putih - dihiris halus
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit gula

Cara menyediakan roti sardin simple rangup di luar


1. Tumis bawang putih, halia, cilipadi dan bawang besar hingga wangi. Tak perlu terlalu lama. (Bawang merah masukkan last pun tak apa...)

2. Kemudian masukkan sardin, kacau dan hancurkan ikan sardin seketika. Perahkan sedikit air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan sardin 

3. Sesuaikan rasa dengan sedikit garam dan gula. Kemudian bolehlah diangkat.

4. Untuk batternya, saya hanya gunakan telur yang dipukul hingga kembang. Tak perlu letak garam. 

5. Ambil sekeping roti. Letakkan inti sardin dan lipat dua. 

6. Celupkan roti yang telah di bubuh inti tadi dengan adunan batter telur, kemudian goreng dalam kuali non-stick. Sapu minyak sikit je...balik-baikkan roti biar masak sekata. Dengan cara ini luar roti akan masak cantik dan rangup. 

Resepi Roti Sardin Simple Rangup Diluar

7. Bila roti sudah kuning keemasan bolehlah diangkat dan di hidangkan…

Selamat mencuba resepi roti sardin simple yang saya kongsikan. Mudah saja membuatnya. Saya lihat adik ipar saya (lelaki) begitu mahir memasaknya hinggakan roti sardin simple ni habis sekelip mata. Sedap la tuu...

#sebarkan info, resepi sedap tapi simple...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.