Akhlak Mulia Pemberian Berharga

Tudung kanak-kanak
Akhlak Mulia Pemberian Berharga | Akhlak yang mulia yang dimiliki oleh seseorang individu itu diperolehi daripada didikan sejak kecil dan juga persekitarannya membesar. Jika dia tinggal di persekitaran yang harmoni, beradab, menghormati orang lain dan penuh kasih sayang, insyaa Allah seseorang individu akan membesar dengan nilai yang baik.

Allah SWT berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”(al-Ahzab:70-71)

Akhlak Mulia Pemberian Berharga


"Tidak ada pemberian ibubapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak yang mulia." - Hadis Riwayat al Bukhari

Akhlak Mulia Pemberian Berharga

Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak yang mulia yang memenuhi setiap sendi kehidupan dan dalam pergaulannya sehari-hari. 

Di antara akhlak yang beliau ajarkan kepada kita selaku umatnya adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam hadits Rasulullah SAW yang bersumber dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Nabi SAW bersabda: 

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka muliakanlah tamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah mempereratkan hubungan kekeluargaannya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah mengucapkan yang baik ataupun diam.“ (Muttafaq 'alaih)

Jadi, bersyukulah jika anda dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat oleh kedua ibubapa ditambah dengan pendidikan akhlak yang mulia. Tak mengapa jika tiada wang ringgit bergunung, itu semua boleh dicari. Sebaliknya, jika tingkah lakumu keji dan hina, ia hanya menambah masalah dan musuh dalam kehidupan. 

Akhlak yang baik selalu membawa hubungan jalinan silaturrahim yang ikhlas dan berpanjangan. 

Namun begitu, semua manusia boleh berubah. Bermohonlah selalu kepada Allah agar kita diletakkan dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjukNya.

Wallahu'lam...    

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.