Berdoa Dengan Asmaul Husna | Ar Razzaaq

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Ar Razzaaq - Ar Razzaaq bermaksud Dialah Pemberi rezeki kepada semua makhlukNya untuk keperluan hidup mereka. Dia pulalah yang menentukan banyak sedikit rezeki yang dibahagikan kepada hambaNya.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.


Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Ar Razzaaq


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Razzaaqu = sebanyak mungkin  


Ertinya : Dialah Yang Maha Pemberi rezeki.

Untuk memudahkan jalan rezeki yang halal dan membawa berkat, perbanyakkan membaca "ya Razzaaqu" sebanyak mungkin menurut kemampuan setiap habis solat, khususnya setelah solat subuh, dikala kita akan berangkat ke tempat kerja. Insyaa Allah rezeki dengan mudah datang dengan sendirinya tanpa terduga-duga. Lakukanlah dengan disertai ikhtiar dan usaha.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.