Bila Masa Untuk Menulis Semakin Tersekat

Tudung kanak-kanak
Bila Masa Untuk Menulis Semakin Tersekat | Sejak kebelakangan ini saya sudah semakin kurang menulis. Kemaskini blog pun sehari sekali. Hanya ada satu entri setiap hari. Hilang semua anganan untuk menulis at least 100 artikel sebulan. Apa dah jadi sebenarnya?

Adakah saya telah hilang mood berblog? Adakah saya terlalu sibuk dengan kerja? Atau...blog sudah tak penting lagi bagi saya? Mungkin anda pun tertanya-tanya macam saya. Apa perlu dilakukan jika keadaan ini berlaku?

Sebenarnya...saya pun tak tahu.

Bila Masa Untuk Menulis Semakin Tersekat 


Hari ini hari Isnin. Saya cuba menulis sesuatu. Perkara pertama yang saya ingat adalah tentang luahan ini. Bagaimana saya kehilangan 'passion' untuk menulis. Ya...saya ada masalah. Saya sedang berhadapan dengan masalah. Masalah kecil ada, besar pun ada. Tetapi insyaa Allah, saya akan cuba selesaikannya. Sendiri. Bersendirian menghadapi dugaan hidup, itu sudah biasa. Tetapi jangan risau, saya ada buah hati tempat mengadu.

Bila Masa Untuk Menulis Semakin Tersekat
Bila Masa Untuk Menulis Semakin Tersekat 

Siapakah tempat saya mengadu itu?

Tentulah Dia Yang Maha Pencipta masalah yang sedang saya hadapi. Dia Perancang terhebat. Saya berdoa semoga Tuhan Yang Satu merancang takdir yang baik-baik buat saya. Takdir yang indah-indah, yang boleh mengembalikan kekuatan saya untuk menulis semula.  

Kenapa tidak mengadu kepada manusia? Ya...satu ketika dahulu saya pernah meluahkan masalah kepada manusia. Tetapi mereka mengkhianati saya. Bila rasa kecewa tidak boleh lagi dirawat, saya hilang kepercayaan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah saya.

Akhirnya, satu-satunya tempat mengadu yang tersimpan rahsia adalah ALLAH. KepadaNya saya berserah. Semoga Dia akan uruskan hidup saya seterusnya, dengan lebih tenang dan diberikan kekuatan.

#sebarkan bahagia...
 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.