Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Beli Buku Kategori Indie Box Guna Baucer Buku 1 Malaysia

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) telahpun dikeluarkan kepada pelajar yang layak dan boleh digunakan untuk membeli belah buku kegemaran anda di kedai-kedai buku yang diiktiraf oleh kerajaan. Antaranya adalah Bookcafe - Kedai Buku Online Anda.

Ada sesetengah pelajar membelikan buku resepi untuk ibunya dengan sebahagian duit BB1M tersebut...hihi (macam anak sedara saya la...), senyum panjang my sister dapat buku resepi kegemarannya. Bukan setakat 1, tetapi lebih dari itu.

Jika anda nak beli buku secara online, di Bookcafe lah tempatnya! Urusan yang mudah, penghantaran cepat dan pendaftaran pun pantas.

Cara Beli Buku Kategori Indie Box Guna Baucer Buku 1 Malaysia 


Sila baca dengan teliti Terma & syarat di bawah:

1. Hanya buku dalam kategori Indie Box sahaja layak menikmati tawaran Indie Box.

2. Pembelian 5 naskhah ke bawah tiada free shipping. Pelanggan perlu menanggung kos pos buku secara berasingan (bayar secara bank-in).

3. Pilih kuantiti buku yang tepat dengan nilai BB1M iaitu RM50 = 2 buku, RM100 = 5 buku, RM150 = 7 buku, RM200 = 10 buku, RM250 = 12 buku.

4. Hanya pemilik BB1M yang sama untuk 1 pesanan. Tidak boleh campur BB1M milik orang lain dalam pesanan yang sama.

Untuk lebih faham secara grafik, anda boleh tengok gambar di bawah.

Cara Beli Buku Kategori Indie Box Guna Baucer Buku 1 Malaysia

Cara Membuat Pesanan Online di Bookcafe


1. Buat pesanan buku di Bookcafe.com.my seperti biasa. (Rujuk sini)

2. Pilih Baucar Buku 1Malaysia 2016 sebagai kaedah pembayaran.

3. Klik Submit My Order seperti biasa.

4. Buka & semak email anda.

5. Bookcafe akan emailkan invoice pembelian yang mengandungi NOMBOR ORDER. Gunakan nombor order ini sebagai rujukan apabila berurusan dengan Bookcafe.

Kemudian, setelah dah tahu serba sedikit cara beli buku kategori Indie Box di atas, anda kini boleh semak jumlah baucer buku 1 Malaysia anda dipadankan dengan berapa buah buku yang boleh dibeli. Lihat gambar di bawah.

Cara Beli Buku Kategori Indie Box Guna Baucer Buku 1 Malaysia

Menyediakan Dokumen yang Diperlukan


1. Dokumen yang perlu disediakan adalah:

- Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

- Salinan Kad Pengenalan (MyKad)

- Salinan Kad Pelajar

Salinan kad pelajar - Kad matriks atau apa-apa bukti yang menunjukkan pemilik baucar buku ini adalah pelajar sah di institusi baucar buku ini dikeluarkan.

2. Baucar buku mestilah diisi dengan lengkap iaitu mengandungi:

- Nama Pelajar
(Depan)

- No. Kad Pengenalan
(Depan)

- No. Telefon (HP) (Depan)

- Cop Rasmi Sekolah/Kolej/Universiti (Belakang)

Nota Penting: Kami (pihak Bookcafe) tidak akan memproses sebarang pesanan yang dibuat menggunakan baucar buku yang tidak diisi dengan lengkap. Kami akan memulangkan baucar buku ini dengan kos penghantarannya ditanggung oleh pelanggan.


3. Tuliskan NOMBOR ORDER pada salinan dokumen yang dihantar untuk rujukan kami.

Menghantar Baucar kepada Bookcafe


1. Nilai baucar buku yang perlu dihantar mestilah sama atau lebih daripada jumlah yang perlu dibayar seperti yang dicatat dalam invoice pembelian.

Contoh 1: Invoice bernilai RM100.00

- Jumlah baucar buku yang perlu dihantar ialah 2 keping (2 x RM50 = RM100)

Contoh 2: Invoice bernilai RM149.00

- Jumlah baucar buku yang perlu dihantar ialah 3 keping (3 x RM150 = RM150)
# Sekiranya nilai baucar buku melebihi nilai invoice, Bookcafe TIDAK akan memulangkan bakinya kepada pelanggan. Pelanggan digalakkan merancang nilai pembelian supaya genap dengan nilai baucar buku.

# Sekiranya nilai baucar buku kurang dari nilai invoice, kami TIDAK akan memproses pesanan pelanggan.
2. Gunakan Pos Berdaftar (contohnya Pos Express atau Pos Laju) sahaja.

3. Simpan tracking number penghantaran anda untuk rujukan akan datang. Kami tidak bertanggungjawab terhadap baucar buku yang tidak sampai kepada kami.

4. Hantarkan ke alamat kami di:

PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA.

No : 03-61850718 

Bagi pelajar yang tiada masa untuk keluar ke kedai buku, inilah masanya anda membeli belah buku-buku secara online menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) anda. Ianya mudah, selamat dan pantas.

#Indie Box
#BB1M
+aynora nur 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close