Doa Dan Amalan Elakkan Rumah Di Masuki Pencuri

loading...
Doa Dan Amalan Elakkan Rumah Di Masuki Pencuri. Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut, dia nampak air dan sebaginya? Pernah saya dengar orang cerita tentang perompak yang sesat dalam rumah yang dicerobohnya. Berenang-renang di ruang tamu atau atas simen di dapur, ada juga yang terduduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah, atau dalam bilik mandi. Seram jugak dengar kan...lagi-lagi kalau yang sedang ada niat nak mencuri atau menceroboh rumah orang...jauhkanlah niat sebegitu...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini. Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

Doa Dan Amalan Elakkan Rumah Di Masuki Pencuri


DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yang ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/ SYAITAN/ IBLIS.

Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut::

1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1 kali)

2. Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3 kali)

3. Baca Ayatul Qursi ~ (1 kali)

4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1 kali)

Surah yaasin Ayat 9 Dalam Rumi:

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud:: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5. Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1 kali)

Sumber: Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua. Dan saya berharap perkongsian tentang doa dan amaan elakkan rumah dimasuki perompak ini dapat memberikan kita manfaat yang besar demi menjaga keselamatan ahli keluarga yang kita sayangi.

Aamiiin...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.