Kata-kata Yang Baik Adalah Sedekah

Kata-kata Yang Baik Adalah Sedekah. Memang benar. Setiap kata-kata adalah doa. Apatah bila ia diulang-ulang sebut. Yang baik tentulah disukai ramai orang. Tetapi jika yang diulang adalah perkataan yang tidak baik, ia macam satu sumpahan.

Sebab itulah, perkataan yang baik adalah sedekah. jika tak ada wang beribu yang berlebihan untuk disedekahkan, berkatalah dengan perkataan yang elok-elok. Insyaa Allah ia seperti doa yang diucapkan kepada saudara yang lain.

Kata-kata Yang Baik Adalah Sedekah    


Dari Abu Dzarr ra. berkata: "Rasulullah saw. bersabda kepada saya: "Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya menyambut saudaramu dengan muka yang manis". - Riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Nabi saw. bersabda: "Kata-kata yang baik itu adalah sedekah". - Riwayat Bukhari dan Muslim
Kata-kata Yang Baik Adalah Sedekah

Renungkanlah!
HEBATnya orang, HEBAT LAGI ALLAH..
KAYAnya orang, KAYA LAGI ALLAH..
MULIAnya orang, MULIA LAGI ALLAH..
CANTIKnya orang, CANTIK LAGI ALLAH..
INDAHnya orang, INDAH LAGI ALLAH..
TAHUnya orang, TAHU LAGI ALLAH..
BIJAKnya orang, BIJAK LAGI ALLAH..
BESARnya orang, BESAR LAGI ALLAH..

Semoga sebuah renungan yang dikongsikan di atas dapat memberikan banyak manfaat kepada kita. Tegurlah jika saya khilaf, bersahabatlah kita kerana jalan Allah, demi meraih redhaNya.

Insyaa Allah. 

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.