Enter your keyword

12 March, 2016

Kumpulan Cham Tersingkir Dalam MLM 2016 Minggu 7

Kumpulan Cham Tersingkir Dalam MLM 2016 Minggu 7 | MLM 2016 minggu ke 7 telah pun tamat malam tadi. Dengan tema musikal, kelihatan semua kumpulan berasa selesa dan yakin untuk menghiburkan penonton. Saya boleh katakan bahawa semua persembahan menghiburkan kerana ia ada muzik dan lagu...

Kumpulan Cham Tersingkir Dalam MLM 2016 Minggu 7


Nasib kurang menyebelahi kumpulan CHAM bila mendapat undian terendah dan tersingkir dalam meneruskan persaingan MLM 2016 minggu seterusnya. CHAM yang dianggotai oleh Along dan Azrul dikatakan kurang serasi dan selalu suka menonjolkan bakat sendiri dan bukan sebagai satu kumpulan. Itu kata juri Shaeizy Sam la...

Kumpulan Cham Tersingkir Dalam MLM 2016 Minggu 7

Nak buat macam mana, dah tak ada rezeki mereka untuk bawa pulang hadiah MLM 2016 sebanyak RM500,000 sebagai juara!

Pada pandangan saya persembahan terbaik malam tadi MLM 2016 minggu ke 7 datangnya dari kumpulan BORA, perserta dari Singapura. Mereka buat lawak dengan tersusun, nyanyian yang harmoni dan santai. Memang patut mereka dapat 4 Ha malam tadi.

Ada juga persembahan lawak yang kurang menyengat tetapi dapat 5 Ha daripada juri. Mungkin Ha pemberi semangat kut...

Seperti biasa kumpulan Bocey dan LOL masih mengungguli carta MLM 2016. Yang lain-lain, ada turun dan naik. Mungkin sebab LOL gabungan pelawak-pelawak ternama manakala BOCEY tarikan utamanya ada pada Abam yang comey...hihi

Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.