Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kumpulan Shake Tersingkir Dalam Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 5

Kumpulan Shake Tersingkir Dalam Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 5 | Dah tahu dah keputusan siapa yang tersingkir dalam MLM 2016 minggu ke 5 Jumaat lepas. Kumpulan SHAKE telah tersingkir setelah beberapa kali berada di bottom three. Mungkin gabungan 3 jejaka ini tak serasi dan kurang lawak, jadi penonton pun tak undi dia orang, kan...



Kumpulan Shake Tersingkir Dalam Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 5


Kumpulan Shake dianggotai oleh Mie, Bell Ngasri dan Amir. Dah tak ada rezeki dia orang. Pada MLM minggu 5 itu SHAKE bawa tema peribahasa Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama...

Kumpulan Saywho dan kumpulan Bos turut berada dalam kedudukan bottom three. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah peribahasa, jadi tak ada masalah untuk dia orang buat lawak dengan pelbagai peribahasa. 

Kumpulan BOCEY bawa peribahasa 'Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Rimau Mengaum' telah membuat persembahan lawak yang sedap dan bersahaja. Hinggakan Bunga Citra Lestari dan Shahiezy Sam pun tergelak sakan. Kebanyakan perserta MLM 2016 dapat 3 dan 4 Ha daripada juri yang hadir. 

Antara peribahasa yang menjadi pilihan peserta adalah seperti indah khabar dari rupa (Rayza), masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengaum (BOCEY), dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung (Bora), Air dicincang tidak akan putus (Joras) dan banyak lagi.

Namun begitu secara keseluruhannya semua perserta membuat persembahan agak baik berbanding minggu-minggu sebelumnya.

Oh ya, Abam dari kumpulan BOCEY terpilih sekali lagi sebagai 'Man of the Match' pada malam itu.

Semoga terhibur dan dapat ambil yang baik dari lawak-lawak yang disampaikan. 

#sebarkan hidup santai & tenang...  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close