Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 6 BOS Tersingkir

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 6. Minggu ini juri diwakili oleh Ziana Zain, Najip Ali, Bunga Citra Lestari & Shahiezy Sam.

Dalam minggu ke 6 MLM 2016 temanya adalah majlis. Tak kisahlah majlis apa seperti majlis kahwin, majlis merisik dan sebagainya.


Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 6 BOS Tersingkir


Setelah 6 minggu bertarung dalam MLM 2016, akhirnya kumpulan BOS terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila mendapat undian terendah daripada penonton. BOS tidak dapat mencuit hati juri dan juga lawak yang hambar menyebabkan mereka terkeluar. Kerap juga kumpulan BOS itu berada pada kedudukan bottom three. Apapun syabas juga untuk mereka kerana berani bersaing dalam MLM 2016.

Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 5 BOS Tersingkir

Persembahan pertama daripada BORA membawa adat istiadat merisik. Persembahan lawak mereka tidak mengecewakan dan Sam telah berikan mereka 4 ha..

PUTEH pula bawa tema majlis kahwin. Persediaan nak berkahwin yang perlu dihadapi oleh kebanyakan pasangan pengantin baru. Kumpulan ini juga kurang menyengat namun tidaklah terlalu sepi hingga tiada orang yang gelak ketika mereka buat lawak.

Yang mengejutkan Reza dapat 5 ha daripada Najip Ali yang buat persembahan majlis persidangan hantu-hantu. Bagi saya persembahan Reza biasa sahaja tetapi keberaniannya berdiri solo itu yang patut diberikan pujian.

Seterusnya SAYWHO bawa tema majlis lenggang perut. Yang seronok tentang mereka adalah sedaya upaya mereka cuba cakap ikut dialek melayu. Haha...tapi persembahan & lawaknya biasa sahaja.

Tentang Kumpulan ENJEN pula, saya secara peribadinya terhibur dengan keselambaan karekter orang-orang tua yang dipersembahkan. Tetapi lawak mereka kurang punchline yang membuatkan kita ketawa hingga menitis airmata. Untuk memberikan semangat bangkit untuk mereka, Shahiezy Sam telah berikan 5 ha buat mereka.

BOCEY pula dapat pujian daripada Ziana Zain yang mengatakan lawak mereka agak brilliant. Bocey bawa tema majlis berendoi. Bagi saya lawak mereka biasa saja dan kurang punchline yang menjadi! Sepatutnya sebagai Kumpulan yang berpengalaman Kumpulan Bocey
boleh buat jauh lebih baik daripada itu.

Kumpulan BOS pula membuat sketsa tentang majlis berkhatan. Sayang pula bila tengok persembahan lawak mereka semakin merundum dari minggu ke minggu. Tak ada sketsa mereka yang boleh diingati. Semuanya terlalu hambar. BOS hanya dapat 3 ha daripada BCL. Benar kata BCL, karekter ada tetapi lawak kurang kreatif. Kena usaha lebih lagi.

Kumpulan JORAS mempersembahkan majlis merasmikan rumah baru. Mereka paling lain dari yang lain kerana mengisahkan kehidupan orang zaman batu. Lawak mereka agak boleh tahan tetapi seperti biasa penonton lambat pick up punchline yang diberikan.

LOL buat tema majlis merasmikan galeri lukisan. Lawak yang dipersembahkan agak perlahan, dan punchline sekejap ada sekejap hilang. Mungkin disebabkan LOL ramai peminat, juri sering berhati-hati bila memberikan komen tentang kumpulan ini.

Namun begitu secara keseluruhan, persembahan lawak dalam MLM 2016 minggu ke 6 ini sederhana sahaja dan masih belum ada yang berjaya meninggalkan impak kepada penonton.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close