Header Ads

Nama Para Nabi & Rasul Mengikut Zaman Kehidupan Mereka


Advertisement
Nama Para Nabi & Rasul Mengikut Zaman Kehidupan Mereka. Seperti diketahui jumlah nabi adalah ramai tetapi yang dilantik menjadi rasul hanyalah 25 orang jumlahnya. Nabi & Rasul memiliki empat sifat yang wajib iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [Al Ahzab 21]


Nama Para Nabi & Rasul Mengikut Zaman Kehidupan Mereka 


Nama Para Nabi & Rasul Mengikut Zaman Kehidupan Mereka


Para Nabi dan Rasul memiliki 4 sifat Wajib seperti yang saya sebutkan di atas. Namun perlu diingat juga bahawa para nabi dan rasul memiliki satu sifat jaiz iaitu Arodhul Basyariyah, ertinya mereka juga memiliki sifat-sifat sebagaimana manusia pada umumnya, seperti; makan, minum, tidur, sakit dan sebagainya.


NAMA PARA NABI & RASUL MENGIKUT SUSUNAN ZAMAN KEHIDUPAN MEREKA SEPERTI YANG DISEBUTKAN DI DALAM ALQURAN

Apakah susunan yang betul mengikut turutan zaman kehidupan para nabi?

JAWAPAN 1:

Susunan nama para nabi & rasul yang BIASA kita dengar dan lagukan adalah:

1. Adam alaihissalam
2. Idris alaihissalam
3. Nuh alaihissalam
4. Hud alaihissalam
5. Soleh alaihissalam
6. Ibrahim alaihissalam
7. Luth alaihissalam
8. Ismail alaihissalam
9. Ishak alaihissalam
10. Ya’kub alaihissalam.
11. Yusuf alaihissalam
12. Ayub alaihissalam
13. Syu’aib alaihissalam
14. Musa alaihissalam
15. Harun alaihissalam
16. Zulkifli alaihissalam
17. Daud alaihissalam
18. Sulaiman alaihissalam
19. Ilyas alaihissalam
20. Ilyasa alaihissalam
21. Yunus alaihissalam
22. Zakaria alaihissalam
23. Yahya alaihissalam
24. Isa alaihissalam
25. Muhammad sollallahu alaihi wasallam

Manakala susunan yang BETUL dan mengikut turutan penceritaan di dalam Al-Quran adalah:

1-Adam alaihissalam
2-Nuh alaihissalam
3-Hud alaihissalam
4-Soleh alaihissalam
5-Ibrahim alaihissalam
6-Ismail alaihissalam
7-Ishak alaihissalam
8-Luth alaihissalam
9-Syuaib alaihissalam
10-Ya’kub alaihissalam
11-Yusuf alaihissalam
12-Musa alaihissalam
13-Harun alaihissalam
14-Daud alaihissalam
15-Sulaiman alaihissalam
16-Ayub alaihissalam
17-Yunus alaihissalam
18-Idris alaihissalam
19-Zulkifli alaihissalam
20-Ilyas alaihissalam
21-Alyasa’ alaihissalam
22-Zakaria alaihissalam
23-Yahya alaihissalam
24-Isa alaihissalam
25-Muhammad sollallahu alaihi wasallam

(Rujukan: Al-Qasas Al-Qurani: ‘Ard Waaqi’ Wa Tahlil Ahdath karangan Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi)

Sumber:  Ustaz Azrul Azlan
Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.