Header Ads

Penawar Buat Hati Yang Sedih


Advertisement
Penawar Buat Hati Yang Sedih | Tajuk ini saya pilih kerana sangat tertarik dengan banner daripada Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmod. Tajuknya penawar buat hati yang sedih. Hmmm...ramai juga rakan-rakan yang sedang bersedih ketika ini, jadi saya nak kongsikan berkaitan perkara tersebut.

Hati yang sedih memang perlu dirawat. Tidak boleh dibiarkan berlarutan kesedihan tersebut kerana ia boleh menyebabkan kemurungan. Paling parah, kesedihan boleh membuatkan seseorang putus asa untuk hidup.

Penawar Buat Hati Yang Sedih


Ustazah Siti Nor Bahyah menyenaraikan tujuh (7) penawar buat hati yang sedih. Antaranya adalah:

1. Mengadu dengan Allah
2. Bayangkan kenikmatan syurga
3. Sangka baik dengan Allah
4. Berkawan dengan teman yang soleh
5. Solat tahajjud
6. Zikir dan baca al Quran
7. Taubat & istighfar

Penawar Buat Hati Yang Sedih
Penawar Buat Hati Yang Sedih

Mengadulah dengan Allah dengan cara berdoa. Macam-macam doa boleh di amalkan. Jika anda kelu atau buntu untuk berdoa, anda boleh amalkan doa ini:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’uzubika minal hammi wal hazan, wa a’uuzubika minal 'ajzi wal kasal, wa a’uzubika minal jubni wal bakhl, wa a’auzubika min ghalabatid dii ni wa kohhrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia)

Semoga cara yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah itu dapat dimanfaatkan oleh mereka yang sedang bersedih. Rasanya...penawar yang digariskan mudah membacanya tetapi agak payah dan berat untuk melakukannya melainkan disertai dengan jiwa yang kuat dan redha.

Insyaa Allah...yang sedih kan gembira akhirnya.

#sebarkan bahagia.
Tudung kanak-kanak

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.