Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO

aynora nur | 07 March, 2016,4:28 PM |
Advertisement
Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO. Bagi anda yang suka membeli belah terutamanya di negeri Johor, tentu anda pernah berkunjung ke pusat membeli belah terkenal tersebut. Atau paling tidak anda pernah dengar tentang Johore Premuim Outlet (JPO).

Oleh kerana saya nak rasai pengalaman menggunakan bas awam dan untuk tujuan artikel ini ditulis, maka saya dan beberapa orang rakan buat trip ke JPO guna bas. Sebenarnya ia tidaklah menyusahkan, cuma anda kena tunggu agak lama untuk menaiki bas JPO1 Causeway Link yang berwarna kuning untuk memenuhi keperluan bershopping anda. Heheh...

Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO
Pandangan hadapan Johor Premium Outlets

Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO


Baiklah.

Bagi yang menghadapi masalah untuk ke JPO misalnya anda tiada kenderaan atau sekadar nak jalan-jalan dengan rakan, anda boleh gunakan perkhidmatan bas awam dari JB Central ke JPO dengan tambang yang amat murah.

Tambang bagi seorang daripada JB Sentral ke JPO adalah RM4.50 sahaja.

Perjalanan memakan masa 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada keadaan lalu lintas. Oleh kerana ia bas awam, maka pemandu bas akan berhenti di stesyen bas tertentu untuk mengambil penumpang yang mahu ke destinasi yang sama.

Ada jadual perjalanan bas yang perlu di patuhi dan anda mungkin tertinggal bas jika tidak bersedia. Bas hanya akan mengambil penumpang di JPO anggaran dalam tempoh 3 jam sekali. Servis bas terakhir dari JPO ke JB Central adalah pada pukul 10:30 malam.

Contohnya: Anda boleh menaiki servis bas Causewaylink CW1 di Stesyen Kranji MRT ke JB Sentral. Kemudian dari situ, ambil/naik bas JPO1 Causewaylink di JB Sentral ke Johor Premium Outlets. Khidmat bas JPO1 berlepas dari JB Sentral pada pukul 9am, 11am, 1.30pm, 4pm, 6.30 and 9pm. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit hingga 1 jam daripada JB Sentral ke JPO.

Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO
Jadual Perjalanan Ke JPO dari JB Sentral
Di bawah ini adalah gambar yang saya snap untuk tempat menunggu bas atau bus waiting area...keadaannya selesa, ruang besar. Tak payah berebut. Namun begitu bas hanya akan tiba mengikut jadual yang tersedia. Jika anda tak sabar, naiklah teksi yang sedia ada di persekitaran tersebut.

Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO
Kawasan menunggu bas - JPO

Tambang teksi daripada JPO ke JB Sentral mencecah RM80.00 ++

Jadi anda fikirlah sendiri, nak tunggu bas atau naik teksi. Hihi...

#selamat bershopping untuk menenangkan fikiran...

Tag : Info
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Perkhidmatan Bas Awam Dari JB Central Ke JPO"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top