Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Menghilangkan Kedut Di Muka

Kedut di muka selalu merunsingkan kita apatah bila usia semakin meningkat. Kedut adalah perkara biasa berlaku kerana kollagen semakin berkurangan dalam tubuh kita. Kedut juga adalah satu proses biasa kejadian sesuatu makhluk yang bernyawa, daripada kecil, besar, dewasa, tua dan seterusnya. 

Namun begitu, ada cara tradisional yang boleh diusahakan untuk menghilangkan kedut di muka. Caranya pun mudah dan murah. Cubalah...

Petua Menghilangkan Kedut Di Muka

Petua Menghilangkan Kedut Di Muka


Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? 

Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.

Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Namun begitu, selain daripada petua di atas, ada ustazah mengajarkan kepada saya untuk selalu mengambil wudhu dan rajin berselawat atas Nabi SAW. Insyaa Allah wajah kita kurang kedut dan selalu kelihatan tenang sahaja. 

Wallahu'alam. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close