Header Ads

Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah

Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah. Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah ratus dan sayuran pucuk paku dan sebagainya. Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kala keropok keping mentah dan budu juga ditambah bagi menambah perisa, dan juga ubi keledek, udang kering dan lain-lain. Antara bahan utama bubur lambuk adalah daging yang dipotong dadu dan daging ayam yang dicincang.

Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah
Sumber: Google
Di negeri Pantai Timur mereka membuat bubur lambuk dengan menggunakan ikan selayang atau ikan kembung. Iya lah...sebab kat sana mudah dapat ikan.   
Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah
Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah

Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah


Resepi bubur lambuk ala ramadan ini saya kompilasikan daripada beberapa resepi dan cuba buat mengikut citarasa saya dan keluarga. Ada yang saya tambah, dan ada yang saya tak guna bahan-bahan yang dinyatakan. Anda boleh ubah suai mengikut kesukaan anda. Boleh juga gantikan daging atau ayam dengan ikan, terpulang...

Bahan-bahan
(hidangan untuk 4 - 6 orang)

Dua cawan beras dibersihkan
300-500 gram daging dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar merah*
1 genggam udang kering*
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut

Rempah ratus:
Bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
air secukupnya

Bahan untuk hiasan:

Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan mayang halus
Sedikit serbuk lada hitam...

Cara Menyediakan Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah


1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut, kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambahkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda. Boleh juga masukkan telur dadar dan daun bawang untuk lebih mewangi bubur lambuk anda.

Resepi Bubur Lambuk Bulan Ramadan Yang Mudah
Resepi Bubur Lambuk Dengan Kacang Kuda style Mat Gebu
Saya berharap resepi bubur lambuk bulan ramadan di atas dapat memberikan anda idea untuk menyediakannya. Namun begitu, ia bukan saja boleh disediakan dalam bulan puasa tetapi pada bila-bila masa anda suka. Kadang-kadang orang memasak bubur lambuk dalam bulan Muharam, yang dipanggil juga bubur Asyura.

Selamat mencuba ya...

#sebarkan resepi jika suka... 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.