Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Talam Keladi

Resepi Kuih Talam Keladi. Kuih talam keladi antara resepi yang selalu saya jumpa dalam majlis perkahwinan sebagai pemanis mulut. Mungkin senang membuatnya menyebabkan ia sejenis kuih tradisional yang digemari ramai dan dijadikan kuih rasmi dalam majlis perkahwinan ataupun bila ada mesyuarat di tempat kerja.

Resepi Kuih Talam Keladi

Kali ini saya nak kongsikan resepi kuih talam keladi. Kuih talam ada banyak jenis antaranya talam tepung, talam seri muka, talam suji dan banyak lagi.


Resepi Kuih Talam Keladi


Bahan lapisan bawah A:

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kanji
1 sudu gula
2 cawan air
2 cawan santan
250 gram keladi - dipotong dadu dan dicelur

Bahan lapisan atas B:

5 butir telur ayam
1/2 cawan tepung gandum.
11/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
21/2 cawan santan
Sedikit pewarna ungu

Resepi Kuih Talam Keladi
Sumber: sitidelima 

Cara membuat kuih talam keladi


1. Satukan bahan A ke dalam periuk dan kacau di atas api hingga sedikit liat. Tuang dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

2. Satukan bahan B dan kacau di atas api sehingga berwap dan tuangkan ke atas lapisan pertama dan kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit hingga 20 minit.

3. Setelah masak bolehlah diangkat.

Haaa...

Dengan 3 langkah je dah boleh siap kuih talam keladi anda. Perasakan kombinasi gula dan garam anda agar rasanya sesuai dengan lemak santan yang digunakan. Jangan terlalu manis, nanti hilang rasa lemak santan tersebut.

Selamat mencuba resepi kuih talam keladi mudah di atas.

#sebarkan resepi jika suka...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close