Semak Tarikh Penting Aktiviti PISMP 2016 Online

Tudung kanak-kanak
Semak Tarikh Penting Program PISMP 2016. Jika anda telah memohon secara online program PISMP pada 10 Mac 2016 yang lalu, tentu anda berasa teruja untuk menyemak status permohonan samada berjaya atau sebaliknya. Sila AMBIL PERHATIAN bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE/KPM) telah memuat turun kalendar aktiviti untuk semak tarikh penting aktiviti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tersebut.

Kalendar aktiviti PISMP 2016 ada disertakan di bawah.

Anda dinasihatkan sentiasa melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Semak Tarikh Penting Aktiviti PISMP 2016 Online


Di bawah ini adalah kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2016. Kalendar tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan:

Semak Tarikh Penting Aktiviti PISMP 2016 Online

Catatan :

◊ Sila cetak kalendar aktiviti ini untuk simpanan dan rujukan anda.
◊ Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan.

Apakah Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)?

Jika dilihat pada kalendar aktiviti di atas, tentu anda perasan tentang UKCG. Apakah yang dimaksudkan dengan UKCG tersebut? UKCG adalah singkatan Ujian Kelayakan Calon Guru.

Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :

i. Sesi Ujian Bertulis.
a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.
iii. Sesi Ujian Amali.
a. Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Semoga tarikh penting aktiviti PISMP 2016 dapat memberikan anda manfaat dan memenuhi cita-cita mulia anda mahu menjadi seorang guru.

#sebarkan info...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.