Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

BOCEY Juara Maharaja Lawak Mega 2016 menangi RM500,000

BOCEY Juara Maharaja Lawak Mega 2016. Akhirnya MLM 2016 melabuhkan tirainya di bumi Johor dan sejarah telah tercipta bila BOCEY buat pertama kalinya menjuarai pertandingan lawak mega tersebut. SAmbutan penonton agak menggalakkan dengan kesemua tiket habis dijual.

Seperti biasa MLM 2016 akhir dikendalikan oleh AC Mizal. Juri MLM 2016 pula adalah Ziana Zain, Najip Ali, Bunga Citra Lestari dan Shahiezy Sam.

Ejen-ejen Maharaja Lawak Mega 2016 yang layak bersaing di pentas akhir MLM ialah kumpulan LOL, BOCEY, JORAS dan PUTEH

BOCEY Juara Maharaja Lawak Mega 2016


Kumpulan BOCEY yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad seperti jangkaan awal ramai pihak telah menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2016 dengan membawa hadiah wang tunai lumayan bernilai RM500,000. Hmmm...setengah juta tu...


Bila dilihat pada persembahan malam tadi, secara peribadi saya sukakan persembahan kreatif kumpulan PUTEH dan JORAS. Namun rezeki di tangan Tuhan.

Kedudukan keputusan penuh MLM 2016 akhir adalah seperti berikut;

1. Kunpulan Bocey - RM500,000
2. Kumpulan JORAS - RM250,000
3. Kumpulan PUTEH - RM150,000
4. Kumpulan LOL - RM50,000  

Setiap kumpulan menyampaikan dua persembahan iaitu tema muzikal dan bebas. Sekali lagi saya agak terkilan bila tak ada kumpulan yang betul-betul outstanding dalam persembahan muzikal berbanding apa yang pernah dibuat oleh kupulan SEPAH  dan JOZAN dahulu. Huhu...

Untuk info, kesemua ejen-ejen finalis Maharaja Lawak Mega 2016 akhir diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian sms penonton di rumah.

Memang pun patut kumpulan LOL berada dalam tempat keempat kerana saya dapati mereka kurang lawak dan jalan cerita yang seperti berulang sahaja. Agak bosan juga menonton persembahan mereka, namun kerana ramai peminat mereka berjaya ke pentas akhir. 

Akhir kata, semoga anda semua terhibur di sepanjang MLM 2016 berlangsung.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close