Keberkatan Surah Yaasin Dalam Kehidupan

aynora nur | 21 April, 2016,11:32 AM |
Advertisement
Keberkatan Surah Yaasin Dalam Kehidupan. Surah Yaasin mengandungi 83 ayat dan surah ke 36 dalam kitab suci al Quran. Surah Yaasin diturunkan di Mekah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah.

Saya petik dan kongsi daripada sebuah blog tentang sejarah dan keutamaan surah Yaasin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran, maka demikian pula erti Yaasiin yang terdapat pada ayat permulaan surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahwa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahwa Muhammad s.a.w. benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.



Pokok-pokok isi Surah Yaasin:


1. Keimanan:
Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

2. Kisah:
Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah.

3. Dan lain-lain:
Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang- bintang di cakrawala berjalan pada garis edar yang telah ditetapkan Allah; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah menghibur hati Rasulullah s.a.w. terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Barang siapa sembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Surah Yaasin Dalam Arab, Rumi Dan Terjemahannya





Keberkatan Surah Yaasin Dalam Kehidupan


Keberkatan Surah Yaasin yang berikut ini adalah dari rujukan CD Dr Fatma Az-Zahraa, di mana beliau menyenaraikan fadhilat setiap ayat dalam surah yaasin yang boleh kita jadikan panduan dan doa untuk menjalani kehidupan sehari-hari.

Rujuk lampiran PDF Fail di atas untuk melihat ayat-ayat daripada surah Yaasin yang berkenaan.


Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 -
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain. Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah, Lindungi diri dari dianiaya, Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ayat 12 -
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 -
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 -
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 -
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 -
Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 -
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 -
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca
dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 -
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 -
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 -
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 -
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 -
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 -
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 -
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 -
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
*Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
*Tiupan 11 - Hancur
*Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 -
Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 -
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 -
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 -
Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 -
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.

Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia untuk rawatan kepada pesakit mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 78 bermula dengan Qala...

Ayat 79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya> pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat
Jika berhajat sesuatu bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.

Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3kali) berturut-turut
Baca pada air (100 kali)
Dan berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahualam.

Bagus baca Surah Yasin selepas sembahyang subuh;
1. 3 Jumaat berturut-turut
2. Ayat 1 - Yassin baca 7 kali
3. Ayat 38 - 12 kali
4. Ayat 58 - 7 kali
5. Ayat 82 - 14 kali
6. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3 kali.
7. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yang dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.(ulang al fatihah 3 kali dan sebut hajat setiap habis al fatihah)
8. Perlu yakin, insyaa Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
* Yasin is the jantung of Al-Quran
* Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
* Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
* Child is sick
* Feeling troubled.
* Memudahkan urusan
* Memudahkan perjalanan
* As selusoh (to ease pain when giving birth)
* Read Yasin 3x over water
* Read 3 Qul (three times each)
* Fatihah
* Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran 10 kali
* Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 * Waja'alna***
* Lindungi rumah dari pencuri * baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.
* Lindungi diri dari dianiaya
* Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

* Baca Ayat 9
* Fatihah
* Baca 3 Qul (3 kali)
* Ayat Kursi

Ayat 29* In kanat illa*
* Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36* subhanallazi
* Untuk cari jodoh
* Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
* Ya Wadud (3 kali)

Ayat 58 * Salamun*
* Jika sakit anggota
* Tak tenang hati
* Baca 7 kali dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 * Falaa yahzun**
* Bila rasa sedih
* Untuk menenangkan hati
* Gosok jantung sambil baca

Ayat 78/79 (dari Yuhyil Wahiya ramin*
* Tulang patah
* Sakit sendi
* Sakit lutut

Ayat 82* Innama amruhu*
* Jika mandul
* Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method (terus baca dan berdoa)
* Sembahyang tahjud
* Sembahyang hajat
* Doa minta hajat
* Baca ayat 100 kali dengan yakin
* Amalkan 41 malam

Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan - baca surah Yaasin pada air )
* Seperti di atas
* Bila baca ayat, tiup dalam air
* Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan/minum benda lain
* Doa sambil minum
* Untuk 41 pagi

Wallahualam. Yang penting sesuatu yang hendak kita lakukan biarlah dengan niat yang betul dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkumi:

*Ilmu Pertanian
*Ilmu Falak
*Ilmu Laut
*Ilmu Kiamat
*Ilmu Ciptaan Manusia
*Ilmu Binatang
*Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12)

Sebab kenapa kita perlu baca agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok lusa kita akan menyusul jua Soalan di Padang Masyar

Seelok2nya bila dah tahu kena lakukan...

Jadi... apa tunggu lagi... jom kita mulakan bacaan Yasin sesudah subuh setiap hari.... Semoga diberkati Allah.....

Selamat beramal....
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Keberkatan Surah Yaasin Dalam Kehidupan "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top