Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Maharaja Lawak Mega 2016 Suku Akhir Tiada Penyingkiran

Kalau tak ada gimik bukan program Astro la jawabnya. Saya cakap ni berdasarkan pengamatan saya terhadap MLM 2016 suku akhir yang baru lepas. Mula-mula rasa terkilan bila JORAS kumpulan kegemaran saya tersingkir tetapi rupanya...ado! Gimik semata...Hihi

Bagi saya persembahan pada suku akhir ini terasa hambar, macam dah kering idea dia orang dengan lawak-lawak yang memukau seperti zaman Sepah, JOZAN, JAMBU dan Nabil dulu-dulu...

Tema 'RADIO' pun macam dah tak ada yang luar biasa, cuma sedikit terhibur dengan persembahan kumpulan PUTEH.


Maharaja Lawak Mega 2016 Suku Akhir Tiada Penyingkiran


Gimik!!

Itulah yang berlaku pada MLM 2016 Suku Akhir yang lepas bila kumpulan JORAS diumumkan terkeluar dalam program lawak tersebut. AC Mizal siap suruh wakil kumpulan JORAS buat ucapan ringkas kerana masa sudah tak ada, tup! tup! dia umumkan tiada penyingkiran. Heheh...

So, minggu Separuh Akhir nanti masih ada 5 ejen lawak yang akan bertanding merebut hadiah wang tunai RM500K.  

Siapakah yang mampu meneruskan persembahan untuk mara ke final MLM 2016 nanti? Jika ikut undian SMS, RAYZA selalu berada di tangga teratas dan diikuti oleh LOL. JORAS selalu pada kedudukan akhir bersilih ganti dengan PUTEH. Cuma saya berharap pengundi pandai mengundi kumpulan yang betul-betul ada nilai lawaknya.

Dalam minggu separuh akhir atau SEMI FINAL, tema yang diberikan adalah Trend Terkini.
Maharaja Lawak Mega 2016 Suku Akhir Tiada Penyingkiran
MLM 2016 Semi Final Trend Terkini
Tetapi kebanyakan juri profesional suka dengan lawak BOCEY. Mungkin sebab dia orang dah terkenal dan agak santai...terpulang pada pilihan masing-masing.

#selamat menonton.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close