Mohonlah Pertolongan Kepada Allah Dengan Sabar Dan Solat

Mohonlah Pertolongan Kepada Allah Dengan Sabar Dan Solat. Bukan mudah sebenarnya untuk selalu bersabar dengan setiap dugaan dan cabaran yang menimpa kita. Tahap kesabaran pula ada batas-batasnya dan sebagai manusia yang banyak kekurangan, kita selalu lalai dalam membimbing hati dan jiwa untuk terus bersabar. Betul tak?

Saya tahu.

Bukan mudah untuk bersabar. Ia tidak semudah kita menyebut ABC...sabar itu sakit. Namun bila kita mampu bersabar, itu telah redha namanya. Jadi, apa lagi yang mampu kita lakukan selain bersyukur kerana dalam kesakitan menerima bermacam bentuk dugaan daripada makhluk Allah, kita antara yang terpilih untuk diuji. Secara positifnya, kita adalah insan terpilih dalam berbilion makhluk ciptaanNya di muka bumi ini. Tersenyumlah! Hingga orang yang menyakitimu berasa hairan dan cemburu dengan ketabahan kamu.

Boleh, kan?

Mohonlah Pertolongan Kepada Allah Dengan Sabar Dan Solat


Sabar dan solatlah jika kamu melalui ujian yang tidak tertanggung. Ketika kamu sudah tiada jalan dan buntu, angkat wudhuk dan solatlah dua rakaat. Mengadu dan merayu pada Allah. Semoga Dia yang Maha Pengasih mendengar segala luahan hati kita dan meningkatkan tahap kesabaran kita.

Ujian adalah kekuatan
Ujian adalah cara Allah meningkatkan darjat kita di sisiNya
Ujian adalah kebahagiaan dalam waktu panjang
Ujian adalah cara Allah mengelakkan kita daripada bencana lebih besar
Ujian adalah hanya untuk orang yang mampu
Ujian adalah Taqwa


"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR & SOLAT. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. - Surah al-Baqarah;153.   
Coretan ringkas di atas adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang saya kasihi. Banyak benda kita boleh share, cerita dan tulis...namun tulislah sesuatu yang boleh meningkatkan rasa cinta kita kepada Illahi. Dunia ini hanya pinjam-pinjaman. Sampai bila kita hanya suka dengar dan baca benda-benda yang melalaikan hingga kita semakin jauh daripada sang Pencipta Hari Kemudian? Ingatlah! MATI itu pasti.

Belajar SABAR itu 'wajib' dalam zaman penuh fitnah ini, jika tidak kita hidup penuh dendam dan benci. Kemudian, tenangkan diri dengan SOLAT. Itulah sebaik-baik pilihan bagi orang yang memahami.

Wallahua'lam...

#sebarkan bahagia

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.