Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Melembutkan Ayam

Petua Melembutkan Ayam. Saya nak kongsikan lagi tentang petua tradisional yang sering digunakan oleh atuk nenek kita sejak dulu lagi. Yang bagusnya tentang petua-petua tradisional ni, ia telah terbukti berkesan setelah melalui ujikaji dan trial-error...hihi

Dah namanya peua tradisional, jadi ia pasti telah diamalkan sejak turun temurun.

Petua Melembutkan Ayam


Petua Melembutkan Ayam


Baiklah. Nak kongsikan tentang petua melembutkan ayam. Caranya mudah sahaja dan kita semua boleh melakukannya...

1. Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.

2. Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.

3. Boleh juga guna tempe. Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.

4. Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu. Cara ini juga boleh melembutkan ayam dengan cepat. 

5. Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam. Yang ini saya tak pernah cuba...jika anda nak try, apa salahnya.

Semoga aneka petua melembutkan ayam di atas dapat memberikan kita cara alternatif untuk memudahkan kerja-kerja memasak.

Selamat mencuba.,

#kongsi petua 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close