Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rayza Gagal Mara Ke Final MLM 2016

Rayza Gagal Mara Ke Final MLM 2016. Begitulah perjalanan takdir perserta solo MLM 2016 Rayza Mukmin bila gagal ke final MLM 2016 yang telah berakhir Jumaat lepas.

Dalam konsert semi final setiap perserta kena buat lawak bertemakan trend terkini dan pantun. Macam-macam gaya ada, tetapi yang paling sempoi adalah kumpulan JORAS. Haha..


Rayza Gagal Mara Ke Final MLM 2016


Rayza yang sejak dua tiga minggu kebelakangan menjuarai undian SMS, gagal mengekalkan momentumnya apabila pada malam semi final itu mendapat kritikan yang agak perit juga daripada juri.

Lawaknya mungkin kurang dapat difahami oleh sebilangan penonton di stadium mungkin menjadi faktor undiannya merosot. Namun sebagai percubaan yang pertama dalam pentas Maharaja Lawak Mega, Rayza dikira beruntung kerana berjaya me semi final. Tak mengapalah, cuba lagi lain kali ya..

4 Kumpulan yang ke final MLM2016

Empat Kumpulan yang berjaya ke final MLM 2016 adalah LOL, JORAS, BOCEY dan PUTEH. Keempat-empat Kumpulan ini memiliki kekuatan tersendiri dan juga mempunyai penyokong yang ramai.

Agaknya, siapa yang bakal jadi juara MLM 2016 nanti? Kalau ikut Pilihan saya, tentulah BOCEY yang menyampaikan lawak secara bersahaja, ringkas dan kelakar. Kalau tak kelakar, bukan Bocey namanya. Hahaha..

#selamat menonton MLM2016 final

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close