Resepi Ikan Talang Masak Kari Yang Sedap

Resepi Ikan Talang Masak Kari Yang Sedap. Sebelum ini saya ada post artikel resepi ikan talang masak asam pedas. Ikan talang yang dapat dari hasil pancingan my Hero itu sebahagiannya saya masak asam pedas dan lebihnya saya nak masak kari.

Bila teringat asam pedas ikan talang hari tu, saya simpulkan ikan talang kurang 'best' bila dimasak asam pedas berbanding ikan merah atau ikan pari. Tak tahu mengapa...mungkin rasa ikan talang yang tawar menjadikan resepi asam pedas saya kurang menjadi...hihi

Resepi Ikan Talang Masak Kari Yang Sedap


Resepi Ikan Talang Masak Kari Yang Sedap


Bahan-bahan:

1 ekor ikan talang sederhana besar
1 bungkus kecil rempah kari ikan
15 tangkai Cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang kecil - dikisar
2 ulas bawng putih - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
1 kotak santan
1 sudu kecil air asam jawa @ asam keping
8 biji sayur bendi 
2 biji tomato
Sedikit Garam, gula dan serbuk perasa
1 tangkai daun kari


Cara Menyediakan Ikan Talang Masak Kari Yang Sedap 

1. Bersihkan ikan talang, ketepikan.

2. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan rempah (halba campur), tumis seketika. Masukkan pula bahan kisar serta daun kari. Tumis sehingga wangi.

3. Bancuh rempah kari ikan dengan sedikit sedikit air. Masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga rempahnya agak garing. 

4. Masukkan bendi dan tomato. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, boleh tutup api. 

Nota: [Nak cantik, bolehlah celur bendi dengan dimasukkan sedikit minyak sehingga lembut. Tapi saya lebih suka, dimasukkan terus ke dalam kuah. Rasa bendi lebih sedap.]

5. Setelah garing, masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.

6. Kari ikan talang siap untuk dihidang.

Resepi Ikan Talang Masak Kari Yang Sedap


Selamat mencuba.

Melalui pengalaman saya memasak ikan talang dengan dua resepi berbeza iaitu asam pedas dan masak kari, saya berpendapat ikan talang lebih sedap dimasak kari. Rasa ikannya lebih lembut, lemak dan harum. Namun terpulang kepada anda semua mengikut citarasa masing-masing. 

#sebarkan bahagia, dengan resepi enak... 

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.