Resepi Nasi Goreng Ayam Dengan Telur Scramble

Tudung kanak-kanak
Bila sedang Google mengoogle tadi, teringin pula nak buat scramble egg atau telur hancur. Dalam telur tu letak daun sup dan bawang goreng. Sedap dan harum je...sambil-sambil tu search resepi kat majalah rasa. Ada tak resepi yang mudah dan cepat, jadi nanti balik dah boleh terus buat. 

Akhirnya terjumpa resepi dari RASA yang bernama Resepi Nasi Goreng Ayam Dengan Telur Scramble. Yes! So, saya kongsikan kat sini untuk rujukan sendiri dan juga sesiapa yang nak cuba buat resepi mudah, tetapi sedap dan cepat!

Resepi Nasi Goreng Ayam Dengan Telur Scramble - majalah RASA

Resepi Nasi Goreng Ayam Dengan Telur Scramble


Bahan-bahan:
(Resepi untuk 3 orang)

3 cawan nasi putih
150gm isi ayam | dihiris
30gm asparagus | dihiris
2 ulas bawang putih
1sm halia
10gm ikan bilis
3 tangkai cili padi
½ sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan sos tiram
2 biji telur
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan Nasi Goreng Ayam Dengan Telur Scramble

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
2. Selepas itu, masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan pula serbuk kunyit dan sos tiram. Kacau lagi.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Masukkan nasi dan sayur asparagus yang telah dihiris. Kacau rata.
5. Sementara itu di dalam kuali lain, goreng telur dan kacau laju-laju. Angkat dan ketepikan.
6. Hidangkan nasi goreng bersama telur scramble dan sambal. Sedia dinikmati. 

Resepi Nasi Goreng Ayam Dengan Telur Scramble
Telur Scramble

Cara Buat Telur Scramble 


1 biji telur
1 sudu besar air bagi setiap biji telur
Secubit garam
Olive oil/minyak masak

Telur disatukan dengan air dan garam dan dikocok dengan garpu sehingga kembang. Panaskan kuali dan masukkan olive oil/minyak masak. Tuangkan telur tadi dan apabila hampir mengeras, tolak telur dari tepi ke tengah dari semua penjuru. Buat begitu sehingga hampir mengeras dan segera tutup api untuk mengelakkannya menjadi terlalu kering. Bila dah siap. boleh tabur sedikit lada sulah dan daun sup/bawang goreng, ikutsuka anda.

Selamat mencuba.

#kongsi resepi jika suka

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.