Siapakah Sahabatmu Yang Ikhlas?

Tudung kanak-kanak
Siapakah Sahabatmu Yang Ikhlas? Bagaimanakah caranya hendak mengukur ikhlas seseorang? Adakah ketika dia membiarkanmu melalui kesusahan, adakah ketika seorang sahabat menolak membantumu, itu boleh dipanggil ikhlas? Ikhlas sukar diukur dengan pandangan mata kasar, ikhlas adalah ketika kita menerima sesuatu tanpa ada rasa terbeban dalam diri. Bermakna, kita redha menerima apa adanya dari seorang sahabat. Dia memberi dan membantu sedaya upaya tanpa membuatkan kamu rasa terhutang budi. Dia membuang rasa malu dalam dirimu ketika mengulurkan nasihatnya. Namun, sedikitpun dia tidak menyebutnya.

Jika kamu menerima sahabat yang ikhlas, lihatlah tindakannya. Adakah dia menikam dari belakang atau sanggup membetulkan kesilapanmu secara terang-terangan. Nilailah sahabatmu dengan mata hati bilamana kamu rasa selamat bila bersamanya. Dengan sahabat yang ikhlas kamu merasa aib dan rahsia celamu terselamat. Dengan seorang sahabat yang ikhlas kamu berasa tenang. Begitulah adanya...

Siapakah Sahabatmu Yang Ikhlas?


Siapakah Sahabatmu Yang Ikhlas?


Sahabat yang ikhlas adalah mereka yang membantu kamu untuk jadi lebih baik dengan cara mendampingi kamu. Tetapi bukanlah seseorang yang mendekati kamu untuk dia menjadi yang terbaik. Maksudnya, dia berkawan dengan kamu untuk membina kejayaannya sendiri. Dia merapatimu hanya untuk mendapatkan sesuatu pengaruh. Dan, dia jadikan kamu sebagai batu loncatan. Jadi, berhati-hatilah jika kamu didekati oleh sahabat seperti itu.

Sahabatmu yang ikhlas adalah mereka yang sentiasa bersama-sama kamu ketika kamu susah dan senang.

Sahabat yang ikhlas adalah mereka yang tidak pernah meninggalkanmu walau yang lain pergi menjauh, lebih-lebih lagi jika kamu dalam keadaan sukar.

Pernah baca catatan berikut?
Seperti apakah ikhlas itu? Ikhlas itu adalah seperti surah al Ikhlas, yang tidak ada kata ikhlas di dalamnya. Selagi ikhlas masih diucap-ucapkan, itu bermakna belum ikhlas. Hanya orang yang ikhlas berbuat sesuatu tanpa pernah menyebut keikhlasannya.
Semoga saya menjadi seorang sahabat yang ikhlas kepada anda semua dan saya juga berharap untuk menerima persahabatan yang ikhlas dari rakan-rakan pembaca semua.

#salam persahabatan      

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.