Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

aynora nur | 24 May, 2016,9:52 AM |
Advertisement
Ada sesetengah biskut yang kita jumpa hanya pada hari raya. Jarang benar kalau nak jumpa biskut tersebut pada hari keramaian seperti di kenduri kahwin, majlis thalil dan majlis hari jadi. Biskut yang saya maksudkan adalah biskut makmur. Hihi...biskut makmur susu ni saya jumpa hanya pada hari raya...

Biskut makmur susu hilang di mulut bila memakannya, sebab dia kan ada campuran minyak sapi. Jadi kelembutan dan peroinya rasa kuih itu amat enak. Nyaman...tapi kalau yang tak suka bau susu tepung, mesti tak suka dengan biskut makmur susu ni...

Saya ok je, yang penting sedap dimakan. Hihi

Sumber: Google

Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya


Resepi mudah biskut makmur susu ni saya kongsikan daripada myresepi dan bila belek-belek resepinya, saya tengok mudah saja membuatnya. Ibu saya dahulu pernah membuatnya tetapi itu sudah cukup lama. Tinggal dalam memori je..):
 

Bahan-bahan:

1 tin kecil Ghee (minyak sapi) - cairkan
5-6 sudu makan gula halus
5-6 sudu makan susu tepung
100 gram kacang tanah ( goreng & kisar )
tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan )

*Hiasan:

100 gram gula halus
100 gram susu tepung - jenama apa pun tak kisah

Cara-cara menyediakan Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya


1. Campurkan ghee cair, gula, kacang kisar dan susu tepung. Gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan.

3. Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil.



4. Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit.

5. Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula dan susu tepung.

Selamat mencuba.
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top