Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu...

Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu...begitulah post saya hari ini. Mungkin ringkas sahaja tetapi sebenarnya saya nak mengajak anda semua dan diri saya sendiri untuk menerima sesuatu takdir itu seadanya. Tidak terlalu membenci tetapi ada sedikit rasa ingin tahu. Mengapa sesuatu itu berlaku ke atas kita. Betul tak?

Maka sebab itu dengan sedikit ilmu yang kita ada, renungkanlah kembali. Apakah salah dan dosa kita hingga kita tidak mendapat apa yang kita inginkan. Mungkin itu kafarah dari Allah untuk kita. Pandanglah pemberian dan penolakan doa kita kepada Allah sebagai satu terapi diri, untuk menjadi lebih baik...

Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu...


Sewaktu dirundung ujian, fikiran melayang dan hati mengeluh. Lalu pertanyaan demi pertanyaan terhambur dari hati yang lelah.

Kenapa aku tak mendapat apa yang aku inginkan?

Lalu al-Quran menjawab;

Surah al Baqarah ayat 216; "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu...

Ya.

Kita tidak tahu rahsia Allah. Allah yang Maha Hak atas segalanya. Dia yang menjadikan kita dan tentuah Dia mengetahui segala kelemahan dan kekuatan kita.

Apa yang Allah beri, itulah yang terbaik buat kita pada masa dan tempat yang tepat!

Wallahua'lam...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close