Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Senaman Mengecilkan Lengan

Cara Senaman Mengecilkan Lengan. Nak kecilkan lengan bukan boleh semata-mata bahagian lengan sahaja yang kecil, tetapi kita kena turunkan berat badan barulah anggota badan yang lain ikut susut atau mengecil. Caranya?? Kenalah kawal makanan, jaga kolesterol dan hindari makanan berlemak. Hanya dengan pemakanan dan diet yang betul kita boleh mendapat tubuh badan yang ideal. 

Namun, untuk usaha yang lebih aktif, kita boleh melakukan senaman wall push up dan Triceps Extension dalam usaha mengecilkan lengan berlemak dengan agak pantas juga..    


Cara Senaman Mengecilkan Lengan


Ada dua senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan lengan iaitu dengan cara wall push up dan triceps extension. 

Wall Push Up




Cara Melakukannya:

  • Ambil posisi berdiri sekitar 3 langkah di depan dinding.
  • Kemudian hulurkan tangan menghadap ke arah dinding.
  • Sandarkan tubuh ke arah dinding dengan tangan menyentuh dinding seperti gambar diatas. 
  • Dorong tubuh anda kembali ke posisi semua dengan menggunakan tangan anda sampai posisi anda kembali berdiri.
  • Ulangi dua posisi ini. 
  • Pastikan ritma gerakan naik dan kembali tetap stabil. 
  • Lakukan sebanyak yang anda boleh, tanpa merasa rasa sakit pada otot atau punggung.

Triceps Extension



Cara Melakukannya:

  • Posisi awal pegang satu barbell di atas kepala. 
  • Kemudian tempatkan kedua tangan di bawah plat bahagian dalam. 
  • Ketika posisi siku di atas kepala, turunkan lengan bawah ke belakang lengan atas dengan menekuk siku. Tekuk pergelangan tangan di bawah untuk menghindari barbell menghantam punggung atau leher. 
  • Angkat barbell di atas kepala dengan meluruskan siku.
  • Kembali ke posisi awal dan ulangi gerakan tersebut. 
Jadi, kepada anda yang selalu pergi gym tetapi tak tahu nak guna barbell tu, inilah masanya. Gunakan ia sebagai satu alternatif senaman untuk kecilkan lengan anda. Tapi makan dan minum pun kena jaga, kerana senaman hanyalah menyumbang 30% kepada penurunan berat badan. Selebihnya adalah melalui cara pemakanan anda.     

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close