Cashout Earning Nuffnang Bulan Mei 2016

Cashout Earning Nuffnang Bulan Mei 2016. Saya dah cashout earning bulan Mei daripada Nuffnang. Saya pun dah lupa ini cashout yang ke berapa...bila hujung bulan aje saya akan cashout kan..senang nak rekod kira-kira..

Hasil pendapatan sampingan bagi bulan Mei saya selain daripada Nuffnang adalah Google Adsense, Klikjer.Com, Sweet Muslimah, komisen Bookcafe dan ada lagi beberapa iklan yang saya sertai. Seronok pulak bila setiap bulan ada income part time masuk.

Jadi, tak sia-sia ada blog yang boleh jana income selain tujuan utamanya adalah untuk sebarkan segala kebaikan dan bahagia melalui blog...

Cashout Earning Nuffnang Bulan Mei 2016


Pendapatan Nuffnang bulan Mei berjumlah RM259.60 dan saya baru cashout sebentar tadi. Alhamdulillah, ada juga duit bayar bill Celcom nanti. Bill Celcom pun tak lah banyak sangat, dan bakinya pula boleh bayar bil air, hihi...

Sekarang earning Nuffnang dah kosong kembali!

Harap-harap ada pula rezeki sepanjang ramadhan, ada trafik yang tinggi dan pembaca blog yang sudi lihat-lihat dan klik iklan Nuffnang yang singgah kat blog picisan ini..

Cashout Earning Nuffnang Bulan Mei 2016

Semoga anda semua bersemangat untuk terus berblog walaupun belum mendapatkan hasilnya. Semua kejayaan bermula dari kesukaran dan airmata. Teruskan berusaha tanpa jemu.

#kejayaan milik semua!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.