Gembirakan Orang Lain, Nescaya Allah Gembirakan Hidupmu

Itu yang sebaiknya. Mulakan hari indahmu dengan sesuatu yang gembira. Gembirakan Orang Lain, Nescaya Allah Gembirakan Hidupmu. Tak perlu mencari contoh yang jauh-jauh, dekat depan mata pun banyak...

Hari ini kamu tergerak untuk menggembirakan orang. Tetapi kamu tak tahu caranya. Ada banyak cara untuk menggembirakan orang. Paling best jika kamu dapat gembirakan kanak-kanak atau orang yang kurang berkemampuan.

Gembirakan Orang Lain, Nescaya Allah Gembirakan Hidupmu


Gembirakan Orang Lain, Nescaya Allah Gembirakan Hidupmu 


Contohnya kamu boleh memberi sesuatu seperti buku-buku mewarna dan buku cerita ke taska atau nurseri berdekatan dengan tempat tinggal anda. Tentu kanak-kanak tersebut akan berasa gembira menerima pemberianmu. Kanak-kanak adalah insan suci, mereka tanpa dosa dan setiap perbuatan mereka umpama zikir kepada Allah. Insyaa Allah, jika mereka gembira Allah semakin sayangkan kita dan menghantar kebahagiaan ke dalam hidup kita..

Jika tidakpun, kita mungkin membelikan sarapan pagi buat kawan-kawan dan diniatkan untuk bersedekah buat mereka. Buat dalam senyap dan tidak perlu disebut-sebut. Rakan-rakan kita pun tentu gembira bila dapat breakfast free pada awal pagi...mereka gembira kita pun gembira. No stress stress, ok... 

Gembirakan Orang Lain, Nescaya Allah Gembirakan Hidupmu

Namun nilai kebahagiaan itu adalah subjektif. Mungkin Allah menghadiahkan bahagia dengan cara rakan-rakan mengasihi kita. Ada juga Allah hantarkan rasa bahagia ke dalam hati untuk berasa tenang tenteram. Siapa sangka, Allah berikan kita bahagia dan gembira itu dalam bentuk kewangan yang tidak putus-putus. Itulah rahsia Allah dengan caranya dan rancanganNya yang misteri.  

Buatlah orang lain gembira. Nescaya Allah akan menggembirakanmu dengan cara yang tidak disangka-sangka! Hidup penuh dengan kejutan, begitu juga dengan takdir yang Allah tentukan. Berdoalah agar setiap kejutan yang Allah berikan itu adalah hadiah yang baik-baik dan membahagiakan. 

Insyaa Allah, bahagia boleh dikecapi oleh semua insan. 

#sebarkan bahagia... 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.