Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Inspirasi Deko Untuk Balkoni

Inspirasi Deko Untuk Balkoni. Salam Jumaat. All the best. May Allah bless. Sentuh sikit tentang dekorasi dan ilham nak buat deko di balkoni. Bila tengok balkoni dihiasi cantik dan kemas dengan ruang yang terhad, teringin pula saya share kat blog kecil ini gambar-gambar menghias balkoni style orang poutih...

Nak tengok dan ambil inspirasi? Boleh je...kemudian padankan dengan citarasa kita di sini, kan?

Inspirasi Deko Untuk Balkoni 


Jom layan gambar-gambar inspirasi deko yang saya ambl dari Impiana, semoga bermanfaat.

Inspirasi Deko Untuk Balkoni

Jika anda sukakan keadaan semulajadi dengan batuan sungai, anda boleh praktikkan cara seperti di atas. Gabungan batu sungai dengan pasu-pasu besar sangat mendamaikan. Gabungan hijau dan ilham suasana sungai, mendamaikan balkoni anda.

Inspirasi Deko Untuk Balkoni

Jika anda tinggal di kondominium yang berparas tinggi, anda mungkin boleh cuba konsep terbuka ini. Bumbung yang transparent dan membenarkan cahaya matahari masuk. Dapat melihat langit pada waktu siang dan malam, pasti membuahkan ilham jika anda seorang pencinta lukisan. Hihi...


Balkoni yang menggunakan pagar besi macam ini agak kurang selamat, terutamanya jika anda memiliki anak kecil yang suka memanjat. Selain barang-barang permainan yang boleh dicampak keluar, saya takut ada orang mengintai apa kita buat di kawasan balkoni kecil kita itu...hihi

Inspirasi Deko Untuk Balkoni
Simple but nice. Ruang balkoni yang terhad pun kelihatan luas dan santai bila diletakkan dengan kombinasi susun atur dan warna yang betul. Ya, coklat dan hijau, warna yang kontras tetapi mendamaikan ruang balkoni anda. Mungkin boleh cuba cara ini untuk apartment saya yang memiliki balkoni yang seciput macam tu...

Inspirasi Deko Untuk Balkoni
Haa...meletakkan kerusi rotan besar dan tunggal di balkoni anda menampakkan anda pencinta minimalis. Cukuplah dengan sebuah kerusi, ia umpama ruang damai anda untuk melarikan diri dari kalutnya kerja di pejabat. Hmm...saya pun suka yang ini, sempoi...


Gabungan kayu dan batu...kurang saya gemari kerana ia agak berserabut. Tetapi jika anda sukakan ruang balkoni yang agak kelam, anda boleh cuba konsep tersebut. No hard feeling pun...

Inspirasi Deko Untuk Balkoni


Baiklah.

Dah layan gambar-gambar deko balkoni di atas? Ada yang sesuai untuk keadaan rumah di negara kita tak? Bagi saya, kebanyakan deko di atas boleh diubah suai untuk dipadankan dengan rekabentuk rumah di Malaysia. Ia menjadi antara sumber inspirasi dan ilham untuk mencipta ruang balkoni yang cantik, kemas dan serbaguna.

Betul tak?

Selamat menghias balkoni anda!

#sebarkan bahagia...


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close