Enter your keyword

08 May, 2016

Kejarlah Akhirat, Dunia Akan Mengikutimu

Kejarlah Akhirat, Dunia Akan Mengikutimu. Kita penat berlari dan berlumba-lumba mengejar dunia tetapi di penghujung hari kita berasa kosong. Kita berasa tidak tenteram lalu mencari hiburan dunia untuk mengisi kekosongan itu. Betulkah cara yang kita pilih itu?

Sebagai seorang muslim tentu kita pernah diberikan sebaris pesanan dari ustaz sewaktu ketika dahulu. Iaitu, dunia ladang akhirat. Maksudnya, dunia hanyalah tempat kita mengumpul bekalan untuk dibawa ke akhirat iaitu tempat persinggahan yang kekal abadi.

Kita mungkin terlepas pandang sebelum ini, menyangka apa yang telah kita buat semuanya benar belaka. Kita sanjung dunia dan letakkan di hati. Hingga kita terlepas akhirat yang berada di tangan. Simpanlah akhirat di hati, kelak Engkau dapat kedua-duanya.

Kejarlah Akhirat, Dunia Akan Mengikutimu


Sejak kebelakangan ini dunia Malaysia diterjah fenomena atau bahasa netizen zaman sekarang yang dipanggil viral. Iaitu kisah penghijrahan seorang mak nyah kembali menjadi lelaki sejati yang dikenali sebagai Safiey Ilias. 

Pemilik nama sebenar Mohd Safiuddin bin Ilias itu baru berusia 22 tahun tetapi telah bergelar jutawan dalam usia muda. Beliau yang juga pengasas produk makanan kesihatan bernama PERLAKING telah menjadi mak nyah sejak berusia 19 tahun lagi. 

Namun, bila hidayah Allah telah menjengah pintu hatinya, Safiey Ilias tidak menoleh ke belakang lagi lalu meninggalkan dunia silamnya yang penuh tipu daya duniawi.

Bak katanya, bila kita tinggalkan dunia dan mengejar akhirat, secara automatik dunia akan mengikutimu. Contohnya beliau sendiri bila kini produknya terlebih laris, PERLAKING jadi fenomena hingga kehabisan stok dan saudara Safiey sendiri menjadi rebutan pelbagai pihak untuk menjalin kerjasama menghasilkan produk kecantikan. Begitulah buktinya Allah mengajar kita menjadi kaya dengan formula mengejar akhirat.

Di bawah ini saya kongsikan print screen yang diambil dari FB beliau untuk dijadikan renungan. Tentang pentingnya kembali kepada Allah dalam sebarang kerja yang kita lakukan. Semoga bermanfaat.

Tulisnya...di saat diri sudah rebah, dan putus harap kepada manusia, disaat masalah yang tak pernah selesai terus membelenggu, beliau mencari Allah. Bukan susah pun, ada masalah SOLAT. Dapat berhubungan direct dengan Allah. Tanpa hijab. Menangislah. Doalah. Mintaklah. Allah SWT rindukan kita.
Semoga sedikit perkongsian di atas memberi kesan di hati kita, pilih yang benar dan abadi dan buanglah yang memperdayakanmu. Kembalilah kepada Allah dalam setiap usaha yang dilakukan, insyaa Allah segalanya menjadi mudah dan diberkati.

Selamat membaca, buatlah penghijrahan. Walau sedikit tetapi berterusan.

#istiqamah.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.