Resepi Kacang Buncis Masak Telur

loading...
Resepi Kacang Buncis Masak Telur. Kacang buncis antara sayur kekacang kegemaran saya. Ada banyak resepi yang boleh dipelbagaikan dengan menggunakan kacang buncis. Antaranya masukkan dalam nasi goreng sebagai perhiasan, tumis dengan udang atau sotong, boleh juga dijadikan ulam dicecah dengan sambal belacan dan banyak lagi.

Di bawah ini saya kongsikan resepi kacang buncis masak telur yang amat mudah. Ia bagus juga untuk mereka yang sedang berdiet dan hanya makan sayur sebagai menu diet mereka.



Resepi Kacang Buncis Masak Telur


Bahan-bahan:

1 ikat kacang buncis
2 biji telur ayam
8 biji cili padi - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
Sedikit ikan bilis - dibersihkan
Garam dan gula

Cara Menyediakan Resepi Kacang Buncis Masak Telur


1. Tumis bahan yang dihiris berserta ikan bilis sehingga naik wangi.
2. Kemudian masukkan kacang buncis yang telah dipotong serong. Biar masak seketika.
3. Setelah itu kecilkan api. Pecahkan telur. Kacau rata.
4. Masukkan sedikit garam dan gula. Perasakan.
5. Hidangan kacang buncis masak telur siap untuk dimakan.


Kacang buncis masak dengan telur di atas juga boleh dimakan bersama roti.

Selamat mencuba resepi ringkas di atas ya.

#resepi sihat untuk keluarga.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.