Header Ads

Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa


Advertisement
Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa ni popular di negeri sebelah utara seperti Kedah. Dan ia juga banyak didapati di Thailand. Biasalah, orang Thai kan kaya dengan pulutnya. Sebab itu kulit mereka cantik-cantik...hihi

Pulut berkuah durian adakala orang panggil serawa durian. Serawa adalah bila kita masak durian dengan santan dan dicampur dengan gula kemudian dimasak seketika. Kalau nak wangi sedikit letak sehelai daun pandan. Hmm...aromanya begitu menyegarkan.  

Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa


Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa


Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa


Bahan-bahan:

500gm beras pulut | direndam selama tiga jam
10 ulas durian - ikut selera banyaknya

Bahan Kuah: 
1 liter santan pekat
Sedikit garam
2 helai daun pandan | disimpul - untuk dimasukkan dalam santan, jika suka
Air suam

Cara menyediakan Pulut Durian Santan Kelapa


1. Tanak pulut/masak pulut. Caranya, panaskan periuk kukusan, lapik periuk kukusan dengan daun pisang, tuangkan beras pulut atas daun pisang dan kukus selama 15 minit.
2. Kemudian perah santan bersama dengan air suam dan masukkan sedikit garam dalam pati santan tersebut. Panaskan sebentar atas dapur, jangan sampai mendidih. Sekadar panaskan sahaja.

Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa
Pulut durian dengan santan kelapa - ehsan Google
3. Angkat pulut, masukkan dalam bekas, tuang separuh daripada santan masak tadi sikit-sikit dan gaul hingga sebati.
4. Masukkn semula dalam periuk kukusan dan masak lagi selama 30 minit. Angkat dan isikan dalam bekas.
5. Tuangkan baki santan masak tadi dan gaul sebati. Siap. (Kalau tak nak tuang santan pun boleh...)
6. Bolel la di makan bersama durian.

Hah! Senangnya, kan....saya dah buat dah, memang senang. Tapi, lebih sedap jika dapat durian yang sudah masak dan agak lembut. Memang kaw habis!!

Resepi Pulut Durian Dan Santan Kelapa

Saya share resepi pulut durian dengan santan kelapa di atas supaya saya boleh rujuk jika lain kali nak buat lagi, sebab manusia ni sifatnya pelupa. Bila direkodkan, pasti boleh dijadikan panduan pada lain kali.

#durian pulut
#sebarkan info, kongsikan resepi
Advertisement

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.