Selesaikan 3 Musibah Dengan 3 Perkara

aynora nur | 20 May, 2016,11:33 AM |
Advertisement
Selesaikan 3 Musibah Dengan 3 Cara - Salam Jumaat yang barakah. Jika tiba hari Jumaat aje, ramai blogger yang share benda baik-baik, saling ingatkan mengingatkan, berpesan-pesan kepada kebaikan dan sebagainya. Kerana jika tidak, jadilah kita orang orang yang rugi. Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Asr ayat 1 hingga 3, iaitu;
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

Musibah yang singgah itu adalah guru yang mengajari kita akan makna kehidupan. Adalah batu asah yang menajamkan pisau.

Selesaikan 3 Musibah Dengan 3 Perkara


Baiklah. Tak usah banyak bicara, kerana adakala lebih bicara hanya menambah dosa. Betul tak? Lebih baik diam kerana kadangkala diam boleh menyelesaikan banyak masalah...wallahua'lam...

Apa yang nak dikongsikan adalah perkongsian daripada FB Soutul Amal Original mengenai cara menyelesaikan 3 musibah dengan 3 cara. Musibah ada banyak tetapi yang nak disentuh di sini adalah antara 3 musibah yang sering mendatangi makhluk Allah bergelar manusia iaitu ujian cintakan nafsu syahwat, ujian hidup susah dan ujian hati tidak tenang. 

Apakah cara atau perkara yang boleh menyelesaikan musibah itu?

Ujian cintakan nafsu syahwat


Jika anda diuji cintakan nafsu syahwat, sila muhasabah dan perbaikilah kualiti solat kita. Rujuk surah maryam ayat 59;

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Ujian hidup susah 


Jika anda rasa hidup susah penuh kesengsaraan dan selalu tidak bernasib baik, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan ibumu. Rujuk surah Maryam ayat 32;

"Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka."

Ujian hati tidak tenang  


Jika anda dapati perasaan anda selalu tertekan dan rasa sempit, sila muhasabah dan perbaikilah hubungan dengan al-Quran. Rujuk surah Taha ayat 124,

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Di harap perkongsian di atas dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Percayalah, setiap musibah ada penawarnya dan jalan penyelesaian. Selalu ustaz saya berpesan, kejarlah akhirat maka dunia akan mengejarmu. Insyaa Allah.

#Sebarkan bahagia
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Selesaikan 3 Musibah Dengan 3 Perkara"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top