Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terima Cek Dari Nuffnang Lagi

Minggu ni saya terima dua berita gembira. Satu, daripada Bookcafe bila saya dimaklumkan menang tempat ketiga dalam cabaran Affiliate Bookcafe. Nanti lain kali saya tulis cerita tentang itu..., yang kedua ialah bila saya terima Cek Dari Nuffnang lagi, entah untuk kali ke berapa..

Alhamdulillah.

Kisah tentang cek Nuffnang ni bukanlah sengaja nak menunjuk, lagipun jumlahnya pun sederhana aje. Yang utama adalah saya memasang niat agar orang yang membaca post ini berasa bersemangat untuk berblog dan tidak putus asa dalam berusaha menjana part time income yang bukan anganan kosong. Ya dak???


Terima Cek Dari Nuffnang Lagi



Terima Cek Dari Nuffnang Lagi

Jika anda nak dapat cek dari Nuffnang macam saya juga, rajin-rajinlah pasang iklan Nuffnang di blog anda. Tak susah pun. Ada rezeki untung sabut timbul, ya tak?

Namun nak dapat payment atas usaha kita bukanlah mudah dengan tidak berbuat apa-apa. Seperti saya cakap, kena rajin berusaha. Promosi, tulis content tentang iklan advertiser dan rajin juga godek-godek survey form di laman web Nuffnang. Sentiasa update maklumat anda di sana.

Lagi satu, blog mestilah sentiasa update dan aktif. Paling bagus jika blog anda mesra SEO. Nak dapat template blog yang mesra SEO amatlah mudah dan berlambak di internet.

Selamat berusaha ya!!

Bye!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close