Berdoa Dengan Asmaul Husna | Ar Razzaaq

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Ar Razzaaq- Ar-Razzaaq bermaksud Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Ar Razzaaq


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Ar Razzaaq


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Razzaaq =  300 Kali


Ertinya : Dialah Yang Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki,.

Ramai yang berkata untuk membaca sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Juga, kalau mampu boleh sampai 1000 kali atau 300 kali. Semakin banyak semakin baik.

a) Bagi orang yang rezekinya amat payah, susah, terhenti atau terhalang boleh mengamalkan zikir ini agar rezekinya lancar dan berkah.

b) Bagi yang memiliki anak, boleh membaca zikir ini agar anak yang dikandungnya atau dididiknya menjadi anak soleh, tidak degil, bermanfaat dan boleh jadi tiket untuk mengantar orang tuanya ke pintu syurga. 

c) Bagi suami isteri yang mengharungi bahtera rumah tangga yang bermasalah, zikir ini bermanfaat untuk memohon rezeki rumah tangga yang sakinah dan menyatukan dua hati yang terpisah. 


3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Ar Razzaaq


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.