Resepi Ayam Goreng Madu Hidangan Berbuka Puasa

Selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia dan juga kepada rakan-rakan pembaca blog yang dikasihi. Tibanya ramadhan, maka secara automatik keluarlah segala jenis juadah dan resepi berbuka puasa yang boleh di cuba untuk membuka selera ahli keluarga tersayang.

Resepi Ayam Goreng Madu Hidangan Berbuka Puasa
Sumber Hana's Family Blog
Resepi ayam goreng madu saya kongsikan untuk rujukan apabila diperlukan dan juga bagus untuk sesiapa yang sedang mencari resepi berbuka puasa yang boleh membuka selera. Percayalah cakap saya, resepi berasaskan ayam antara resepi sangat 'laku' ketika bulan puasa. Hihi...antara penggemar ayam goreng madu adalah saya!! Hehe....

Resepi Ayam Goreng Madu Hidangan Berbuka Puasa


Untuk makluman, saya ambil resepi ayam goreng madu ini daripada blog Hana Family yang pernah diterbitkan pada tahun 2009 dulu. Semoga pemilik resepi sedap ini terus dimurahkan rezekinya dan dilimpahi rahmat Illahi walau di mana berada.


Resepi Ayam Goreng Madu Hidangan Berbuka Puasa

Bahan-bahan:

6 ketul ayam yang sudah di rebus dengan sedikit garam - angkat dan toskan.
2 inci halia - parut
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2-3 sudu makan madu
1 sudu kecil blackpepper - pilihan


Cara Menyediakan Ayam Goreng Madu Hidangan Berbuka Puasa

1) Perap ayam dengan semua bahan sekurang-kurangnya satu jam.
2) Panaskan minyak. (lebih baik guna kuali non stick dengan minyak sedikit sahaja)
3) Goreng ayam hingga kehitam-hitaman. hitam bukan bermakna hangit yer! Tak perlu goreng lama-lama sebab ayam dah masak! Cume nak keringkan bahagian luar ayam saja. Boleh juga dibakar menggunakan oven jika mahu.
4) Enak di makan dengan nasi ayam atau di ratah begitu saja.

Resepi Ayam Goreng Madu Hidangan Berbuka Puasa


Nak buat ayam goreng madu lebih sedap?

  1. Lagi lama ayam diperap lagi sedap.
  2. Tos sebelum goreng.
  3. Goreng jangan terlalu lama kerana ayam sudah 1/2 masak.
  4. Jika nak bakar pun boleh. Sapu minyak pada ayam sebelum dibakar.
Hah! Ikut aje cara-cara yang diberikan di atas, insyaa Allah ayam goreng madu anda habis dan licin ketika berbuka puasa nanti. 

Selamat mencuba!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.