Resepi Daging Masak Cili Hijau Pembuka Selera

aynora nur | 10 June, 2016,5:47 PM |
Advertisement
Dah petang gini sempat ke nak buat juadah berbuka nanti? Kalau tak sempat, tapau lauk je lah jawabnya dan masak nasi sendiri. Tapi bila difikirkan balik, beli lauk siap ni ada pro dan kontranya. Yang bagusnya jika keluarga tak ramai, memang mudah dan beli untuk dua orang makan saja. Jimat jugak...tapi jika anak beranak ramai lebih baik masak sendiri. Hihi...

Bila ingatkan perihal lauk beli di bazar ramadhan, saya ada cuba beli daging masak hijau atau cili padi. Bukannya lemak cili padi tetapi tumis dengan cili padi.Hihi..

So, saya pun cuba agak resepinya dan kombinasi dengan carian di Google. Nah, bacalah hasilnya...

Resepi Daging Masak Cili Hijau Pembuka Selera





Bahan-bahan:

300gm daging - dihiris nipis
7 biji cili hijau - dikisar/ditumbuk
4 biji cili api (ikut selera, kalau nak pedas tambah lah lagi) - dikisar/ditumbuk
2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 keping asam gelugur (yang ini pun ikut selera. kalau tak suka masam boleh kurangkan)
minyak untuk menggoreng & menumis
garam secukup rasa

Cara Masak Daging Masak Cili Hijau Pembuka Selera


1. Goreng daging hingga masak. Toskan, ketepikan dahulu.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah & bawang putih, cili hijau dan cili api.

3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan asam gelugur.

4. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba. Semoga resepi Daging Masak Cili Hijau Pembuka Selera di atas menjadi satu lagi resepi pilihan untuk anda berbuka puasa bersama keluarga tercinta.

Selamat mencuba.
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Resepi Daging Masak Cili Hijau Pembuka Selera"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top