Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Lopes Yang Sedap

Resepi Kuih Lopes Yang Sedap. Kuih lopes ni nama dia dekat-dekat je dengan kuih lapis. Kuih lapis buat pakai tepung biasa dengan campuran santan dan sedikit perwarna, ikut kesukaan. Biasanya orang buat kuih lapis bertingkat hingga tiga lapis selang warna putih, merah dan sebagainya.

Kuih lopes pulak buat guna beras pulut dan dimakan bersama dengan air gula melaka. Ada yang buat kuih lopes warna hijau dan ada pula yang tidak gunakan perwarna, nampak asli gitu..hihi



Sumber: Google

Resepi Kuih Lopes Yang Sedap


**Anggaran boleh dapat 18 - 24 ketul kuih lopes jika dipotong saiz sederhana, atau tiga segi. Perkongsian resepi kredit kepada azlita masam manis.


Bahan-bahan:


2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu kecil air kapur
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau (kalau nak warna asal, tak payah letak perwarna)
kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam


Untuk air gula
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air

Cara Buat Kuih Lopes Yang Sedap


1) Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Kemudian, masukkan santan & air pandan, dan kukus lagi selama 30 minit.

2) Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat-padat dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut. Ada sesetengah orang bungkus dengan daun pisang...terpulang..
Kuih lopes tanpa perwarna
3) Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.

*** air gula ni bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yang besar boleh kurangkan gula.

Sekian resepi kuih lopes yang mengancam, saya amat sukakannya. Bagaimana dengan anda? Tak kira warna hijau atau putih, bentuk bulat atau tiga segi, saya makan aje...hihi

Selamat mencuba resepi mudah di atas.

#sebarkan bahagia 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close