Tazkirah Indah Di Bulan Ramadan

Alhamdulillah. Kita masih diberikan nikmat yang cukup berharga pada hari ini iaitu nikmat diberikan peluang untuk hidup lagi. Masih boleh bangun dan menghirup udara segar. Masih berupaya menatap wajah insan-insan kesayangan. Rezeki kita masih hidup hari ini dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ini dah tak bernafas lagi dan telah pergi berjumpa Allah yang Esa.

Tidak ada yang lebih membahagiakan kehidupan seorang hamba melainkan masih diberi peluang untuk bersyukur dan taubat kepada Sang Pencipta.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, insyaAllah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara. Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.


Tazkirah Indah Di Bulan Ramadan


Tazkirah Indah Di Bulan Ramadan


1) Penghalang besar manusia beribadah kepada Allah SWT ialah hawa nafsu.

2) Orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan adalah apa yang dimahukan oleh dirinya dia patuhi. Nafsunya dituruti umpama Tuhan.. apapun halangan yang menghalangnya daripada mencapai tuntutan hawa nafsunya dia mampu tempuhi dan lalui.

3) Tidak akan berjaya sesiapa yang menjadikan wanita sebagai pemerintah.

4) Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu.

5) Kehendak kita tidak boleh direalisasikan melainkan ianya mengikut kehendak syarak.

6) Nafsu sentiasa bersama kita.

7) Yang membolak balikkan hati kita adalah hawa nafsu. Nafsu bila kita bagi sekali,cukup bahawa ia sudah mengalahkan kita.

8) Hawa nafsu yang paling power ialah makan & minum.

9) Bagaimana kita tidak sanggup melawan nafsu dalam sifat dengki,cemburu buta dan lain-lain, sedangkan kita mampu melawan hawa nafsu makan dengan berpuasa.

10) Tiada amalan yang mampu melawan darjat berjihad fisabilillah melainkan dengan puasa tanpa berbuka.

11) Yang mampu merosakkan iman kita adalah hawa nafsu.

12) Iman ~ makna umum ialah amalan... makna khusus ialah keyakinan.

13) Semua sahabat rasulullah SAW adalah adil,tidak menipu. Para sahabat dididik untuk melawan hawa nafsu.

Tazkirah Indah Di Bulan Ramadan

14) Siapa yang meninggalkan keinginan dirinya hanya kerana menuruti perintah Allah, maka Allah akan gantikan nikmat dengan lebih baik & Allah beri kemanisan dan keseronokan dalam beribadah.

15) Antara cara meninggalkan hawa nafau ialah dengan berkawan dengan orang baik-baik & soleh.

16) Siapa pun yang bermuhajadah melawan hawa nafsunya maka Allah bantu dan permudahkan.

17) Jaga wudhuk adalah antara sifat-sifat orang beriman. Jagalah wudhuk terutama pada waktu yang kita tidak suka. Berwudhuk pada masa sukar dan melawan sifat malas untuk berwudhuk maka pahalanya adalah lebih besar.

18) Berwuduk.. kalau kita jadikan amalan.. maka ia adalah satu kemuliaan.. kerana ia adalah antara penghapus dosa-dosa. Berwuduk ketika mahu tidur lalu mati.. maka matinya adalah dalam keadaan fitrah. Orang yang sentiasa berwudhuk, doanya adalah mustajab. Wuduk akan menjadi perhiasan bagi orang-orang beriman di akhirat kelak.

19) Berwuduk itu adalah separuh dari iman.

20) Kalau berwuduk pada waktu cuaca panas,berniatlah supaya wudhuk itu dapat menghindar dari hawa/bahang panas bukan berwuduk & berseronok kerana cuaca panas itu.

21)Yang sempurna adalah bila selesai berwudhuk,maka solatlah sunat wudhuk 2 rakaat pada bila-bila masa sekalipun pada waktu-waktu diharamkan solat.

22) Ada 3 amalan yang Allah angkat darjat & menghapus dosa.

a-Berwudhuk dalam keadaan kita benci & tidak suka. (Iaitu sejuk, mengantuk dan lain-lain)
b-Perbanyakkan langkah ke masjid.
c-Tunggu waktu solat selepas selesai solat.

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan kita sedikit lagi ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan menuju negeri abadi iaitu Akhirat.

#sebarkan bahagia

#sumber; Whatsapp group

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.