Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terima Bayaran Google Adsense Kali Ke 5

Google Adsense satu medium iklan yang memberikan income yang agak memberangsangkan. Setelah saya betul-betul serius memasang iklan Google Adsene (GA) mulai bulan May 2015, saya tak pernah gagal dapat income daripada agensi iklan tersebut.

Tetapi bukan mudah nak dapat diterima oleh pihak Google untuk jadi salah seorang pengiklannya. Ada banyak tapisan dan syarat, cubalah hingga berjaya. Kena ikut peraturan yang ditetapkan. Jangan post artikel berbaur perkauman dan berbentuk lucah. Artikel copy paste yang keterlaluan pun akan di banned oleh pihak Google.  

Terima Bayaran Google Adsense Kali Ke 5


Saya print screen sikit income dari GA yang dikreditkan terus ke akaun MBB saya. Untuk bulan Jun 2016 ini saya dapat RM755.79. Kalau ikutkan jumlahnya lebih dari itu tetapi pihak Bank telah deduct (tolak) kos admin dan sebagainya.

Terima Bayaran Google Adsense Kali Ke 5
Walau apa pun, bersyukurlah. Kecil atau besar jumlahnya, ia tetap satu rezeki yang meringankan beban duit sampingan saya...hihi

Bayaran income GA di bayar pada 21 haribulan setiap bulan pada jumlah minima income mestilah USD100 dan ke atas. Kalau anda nak setting kepada USD500 pun boleh, tetapi paling minima boleh credit ke akaun kita bila jumlah income dah sampai USD100. Kalau sehari dapat USD5.00 pun okay, bulan berikutnya pada 21 haribulan dah boleh dapat income terus masuk ke akaun anda...

Nak dapat income Adsense yang lumayan? Anda boleh baca cara-cara nak dapat income Adsense yang 'lebat' dari blog Hasrul Hassan. Dia ada banyak tulis tentang benda nih..hihi

Cuma, saya selalu tekankan pentingnya blog yang mesra SEO atau friendly user! Kemudian jangan malas menulis entri. Paling tidak, dalam seminggu post 3 entri. Yang penting jaga kualiti kandungan blog anda.

Selamat berjaya!!

#rezeki google Adsense

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Salam sis aynora. Wahhh. Meriah ga sis. Saya follower blog sis, dan ambik inspirasi dari sini untuk mantapkan ga sy. Thanks ye sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...terima kasih ya, jom sama2 buat side income dgn GA..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close