Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

3 Kisah Tentang Hikmah Membaca Surah Al Ikhlas Selepas Solat

Mengapa Kita Digalakkan Baca Surah Al Ikhlas Selepas Solat? Ada banyak sebab dan hikmahnya jika kita mengamalkan membaca surah al Ikhlas selepas solat atau dalam waktu tertentu yang digalakkan. Antaranya sabda Rasulullah kepada 'Aisyah, "

Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Begitulah besarnya hikmah membaca surah al Ikhlas.
Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”

3 Kisah Tentang Hikmah Membaca Surah Al Ikhlas Selepas Solat

Surah al Ikhlas Dalam Rumi

3 Kisah Tentang Hikmah Membaca Surah Al Ikhlas Selepas Solat 


3 Kisah Tentang Hikmah Membaca Surah Al Ikhlas Selepas Solat


Kisah 1:

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?” Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Kisah 2:

Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam masjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya: ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab: ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda: ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang seraya berkata: “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman: “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia kerana dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut mensolatkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya: ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, kerana setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

Kisah 3:

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”

Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya:”Hairankah kamu, sahabat-sahabatku ? Mereka menjawab: ” Ya benar, kami hairan.” Beliau melanjutkan:”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S. “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Hairankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami hairan.” Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali. 

Subhanallah.

Begitulah luasnya kasih dan rahmat Allah kepada hambaNya. Sematkan dalam hati untuk ikhlaskan membaca apa-apa surah dari al Quran sebagai amalan seharian kita. 

Semoga kita semua tergolong dalam rahmat Allah SWT.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close