Amalan Rasulullah Di Bulan Ramadhan

Tudung kanak-kanak
Masih lagi dalam 'mood' ramadan ya kareem, bulan penuh barakah. Semoga segala amalan kita dalam bulan ramadan ini sentiasa mendapat keberkatan, dipermudahkan melakukan ibadah hingga malam ramadan terakhir dan menjadi insan lebih baik selepas berakhirnya ramadan ini. Insyaa Allah.

Dalam bulan ramadan ini kita disunatkan memperbanyakkan amalan yang baik, mengikut contoh amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat terdahulu. Yang penting perbanyakkan mohon ampunan, doa yang baik-baik serta melebihkan perbuatan sedekah kepada golongan yang kurang mampu.

Amalan Rasulullah Di Bulan Ramadhan


Berikut adalah amalan-amalan Rasulullah di bulan Ramadhan yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua.

Bersahur

Para ulamak sepakat bahawa sahur itu hukumnya sunat dan tidak berdosa bagi orang yang meninggalkannya. Rasulullah SAW bersabda, "Makan sahurlah kamu kerana sahur itu berkah."

Segera berbuka

Disunatkan disegerakan berbuka setelah datagn waktu Maghrib. Rasulullah SAW bersabda, "Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka."

 
Amalan Rasulullah Di Bulan Ramadhan

Solat Terawih & Witir

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang solat pada (malam) Ramadhan dengan dasar iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang lalu."

Bertadarus Al Quran

Apabila tiba bulan Ramadhan, Rasulullah SAw memperbanyakkan tadarus. Di bulan Ramadhan juga, pahala akan dilipatganda sebanyak 70 kali.

Bersikap mesra dan pemurah

Ibnu Abbas mengatakan, "Rasulullah SAW adalah manusia yang pemurah dan lebih pemurah lagi pada bulan Ramadhan."

Semoga coretan di atas bermanfaat buat kita semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.