Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah?

aynora nur | 25 July, 2016,9:28 AM |
Advertisement
Salam sejahtera, salam selamat pagi yang indah. Terima kasih Allah kerana memberikan peluang kepada kita untuk melihat dunia untuk sehari lagi. Syukuri apa yang anda perolehi hari ini dan pasangkan sangkaan yang baik kepada Allah di sepanjang hari agar Dia memberikan takdir yang indah-indah buat kita yang banyak dosa nih...

Baiklah...berbalik kepada artikel perkongsian saya hari ini, ada sedikit tazkirah ringkas tentang tidur. Bila kah tidur yang diharuskan...

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah?

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor


Soalan: 

Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat?

JAWAPANNYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api.

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge).

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah.

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."


Hadis Nabi berkenaan Qailulah:

              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u]

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)


Apa itu Qailulah ?


Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah?


Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-sama lah kita qailullah@ 'tak a nap' sekejap sebelum zohor.

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?


1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Semoga bermanfaat.
Tag : Tazkirah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah?"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top