Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'aaliim

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'aaliim- Al 'aaliim bermaksud Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al 'aaliim


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'aaliim


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya 'aaliim =  100 Kali


Ertinya : Ia mengetahui segala-galanya. iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

a) Sesiapa berzikir ‘Ya ‘Alim’ sebanyak 100 kali setiap selesai solat Maktubah (yang dimaksud ialah solat-solat yang difardhukan atas tiap-tiap muslim yang mukallaf, iaitu: Subuh, Zohor, ‘Ashar, Maghrib dan ‘Isya.), Insya’Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya ‘Alim’ berulang kali, Insya’Allah akan bersinar hatinya dengan cahaya suci (makrifat), juga dibukakan pintu ilmu dan hikmah.

c) Sesiapa yang berzikir ‘Ya ‘Alim’ setiap selesai solat lima waktu sebanyak 100 kali, Insya’Allah akan mendapatkan ilmu makrifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'aaliim


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close