Header Ads

Doa Dan Cara Kunci Rumah Ketika Musim Perayaan


Advertisement
Dah banyak dikongsikan tentang doa atau cara kunci rumah bila rumah nak ditinggalkan lama-lama terutamanya pada musim perayaan. Di bawah ini ada sedikit perkongsian untuk diamalkan semoga dengan ikhtiar ini Allah pelihara rumah serta harta benda kita dari dimasuki oleh percuri atau dimasuki oleh jin,  Insya Allah.

Doa dan cara kunci rumah di bawah ini adalah kaedah yang dikongsikan di FB (lupa linknya), semoga bermanfaat.

Doa Dan Cara Kunci Rumah Ketika Musim Perayaan



Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :

1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)

Doa Dan Cara Kunci Rumah Ketika Musim Perayaan
"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud : "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5) Lafazkan "Bismillahitawakkaltu'Alallah" ; "La haulawala khuwwata illabillah 'ill 'Aliyil 'Aziim"

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.