loading...

Koleksi Perkahwinan Anggun Dari Poh Kong Jewelleries

aynora nur | 20 July, 2016,10:59 AM |
Advertisement

Bila anda berkunjung ke blog ini, anda pasti terlihat kelibat iklan Poh Kong Jewelleries mengenai koleksi perkahwinan anggun mereka. So, kalau rajin, silalah klik dan lihat info menarik yang boleh diperolehi darinya dan maklumat berguna untuk bakal pengantin yang bakal mengakhiri zaman bujang mereka.

Ada banyak pilihan koleksi anggun di Poh Kong Jewelleries yang boleh menambat hati anda pada harga yang berpatutan dan rekabentuk yang amat menarik sekali. Saya pun dah jatuh cinta dengannya!! Lepas ni bolehlah jalan-jalan cari emas kat Poh Kong...hihi 

  

Koleksi Perkahwinan Anggun Dari Poh Kong Jewelleries


Koleksi Anggun ialah barangan emas 916 (22k) yang bercorak bunga-bungaan. Barangan kemas Anggun yang bercetakan motif flora berjaya mengungkapkan keindahan seni di rantau Asia dengan menganyam sempurna penyatuan budaya, harmoni dan alam semula jadi. Motif bunga-bungaan Anggun adalah sesuatu yang lestari dan tidak akan luput ditelan zaman.


Motif flora memekar, dizahirkan dengan unik ke dalam rekaan koleksi Anggun - Bunga Raya, Alamanda, Melur, Orkid dan Karya Anggun sebagai simbol akan mekarnya rasa cinta buat dua jiwa yang bersatu melalui perkahwinan, bersama harapan akan perhubungan yang berkekalan.

Setiap rekaan menampilkan motif flora yang berbeza, mencerminkan keanggunan uniknya yang tersendiri. Izinkanlah keanggunan pilihan anda berkisah akan diri anda.




Kehalusan setiap rekaan di dalam koleksi perkahwinan Anggun dari Poh Kong ini bukan sahaja menjelaskan akan kerumitan dan kreativiti pertukangannya, malah, menyaingi kecantikan semulajadi akan mempelai.

#sumber website Poh Kong Jewelleries
#Inspirasi Wanita❤:
Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali, ;) :) kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA..

Aynora Nur seorang blogger part time di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis. • Daily PV : 35,000 - 45,000 Info lanjut di about me ...
 

USERS
0 Komen untuk "Koleksi Perkahwinan Anggun Dari Poh Kong Jewelleries"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Buat Duit Blog
Back To Top