Resepi Kek Kukus Masam Manis

aynora nur | 15 July, 2016,2:51 PM |
Advertisement
Dalam bulan syawal ni, mesti ramai yang nak buat rumah terbuka. Tapi, tak tahu nak buat pemanis mulut yang macam mana? Apa kata anda buat kuih kek kukus masam manis yang sangat mudah dan legend tu...hihi, memang setiap kali raya famili kami tak ketinggalan buat kek kukus masam manis ni.
Resepi Kek Kukus Masam Manis
Kek Masam Manis  
Kek Masam Manis boleh letak pelbagai warna samada gabungan warna merah, hijau dan coklat atau hijau, kuning dengan merah...terpulang kepada dekorasi masing-masing.

Resepi Kek Kukus Masam Manis

Macam mana raya anda? Seronok? Bagaimanakah agaknya anda menyambut raya? Sebaiknya sambutlah hari raya secara sederhana dan elakkan pembaziran. Jika nak masak sesuatu hidangan, fikirkan jumlah tetamu yang hadir dan adakah hidangan tersebut releven dengan majlis yang di buat. Ya lah..kut kut apa yang kita masak tu tak sesuai untuk kanak-kanak, orang tua dan sebagainya...

Resepi Kek Kukus Masam Manis


Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 tin kecil susu pekat / bubuh 194 gm
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh baking powder
  • Haw Flakes secukupnya (gula asam keping berbentuk bulat-bulat..;))
  • Pewarna - ikut suka
Resepi Kek Kukus Masam Manis
Inilah haw flakes - gula asam keping bulat2

Cara Menyediakan Kek Kukus Masam Manis


1) Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.

2) Mentega dan gula diputar sehingga kembang.

3) Kemudian masukkan telur dan putar lagi

4) Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.

5) Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.

6) Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian).

7) Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.

8) Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.

Resepi Kek Kukus Masam Manis
Susun haw flakes macam ni...
9) Lapis dengan haw flakes (gula asam keping bulat-bulat tu...) dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.

10) Bila sudah masak, bolehlah hidangkan kepada tetamu di hari raya ni...

Saya berharap anda semua dapat mengikut langkah demi langkah buat kek masam manis yang dikongsikan di atas. Kek kukus masam manis boleh di buat bila-bila masa sahaja dan sedap juga untuk hidangan minum petang anda.

Selamat mencuba.
Tag : Resepi
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Resepi Kek Kukus Masam Manis"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top